SEREMBAN, 12 Okt -- Pelbagai inisiatif yang diberikan kepada usahawan wanita dalam Belanjawan 2020 menunjukkan kerajaan memberi perhatian khususnya kepada golongan itu sekaligus membuka peluang seluasnya kepada mereka untuk berdaya saing dalam perniagaan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan sebanyak RM500 juta dan peruntukan RM200 juta untuk usahawan wanita yang diumumkan semasa pembentangan belanjawan semalam, sejajar dengan hasrat wanita untuk mendapatkan satu keadilan persaingan dalam perniagaan.
“Inisiatif ini sangat baik dan ia memberi satu peluang dan ruang untuk golongan wanita bersaing secara adil dalam perniagaan... kalau diikutkan usahawan wanita jauh kebelakangan dibanding dengan usahawan lelaki.
“Ini juga sejajar dengan hasrat golongan wanita untuk bersaing secara sihat. Selain daripada itu, kajian menunjukkan bahawa penambahan usahawan wanita akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar, meningkat pendapatan setiap orang sebanyak 20 peratus menjelang 2030 di samping meningkatkan peluang pekerjaan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP) iaitu dengan menyediakan kemudahan jaminan baharu sebanyak RM500 juta untuk usahawan wanita.
Di samping itu, untuk terus menyokong usahawan Bumiputera baharu, SME Bank akan memperkenalkan dua dana baharu di mana Kerajaan akan menyediakan subsidi kadar faedah dua peratus setahun bagi mengurangkan kos pinjaman termasuk peruntukan dana RM200 juta khusus untuk usahawan wanita dengan tawaran pembiayaan sehingga RM1 juta bagi setiap PKS.
Sementara itu, seorang pengusaha makanan berasaskan nanas, kek dan pastri Mariam Deborah Isah Philip Bawel, 33, berkata skim serta inisiatif yang diperkenalkan khususnya untuk usahawan wanita akan membolehkan usahawan wanita sedia ada mengembangkan perniagaan dan memudahkan mereka yang baharu terlibat dalam perniagaan untuk bertapak.
“Ini satu peluang yang besar untuk usahawan wanita mendapatkan peruntukan atau geran perniagaan daripada kerajaan apabila pelbagai insentif diberikan. Ia amat bagus kerana kita ada banyak pilihan skim mana yang paling bersesuaian dengan perniagaan masing-masing.
“Jika ada peluang saya akan rebut peluang ini,” katanya.
Beliau dalam pada itu berharap agar tiada syarat yang ketat dikenakan bagi memohon skim-skim yang diwujudkan ini bagi memudahkan proses permohonan.
--BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel