KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia dan golongan Bawah 40 (B40) yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, akan membantu mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan berpendapatan rendah, kata MIDF Research.
Langkah-langkah ini katanya termasuk pendekatan subsidi petrol bersasar dan memperluas jumlah penerima Bantuan Sara Hidup serta langkah-langkah untuk menawarkan perumahan lebih mampu dimiliki untuk rakyat.
"Belanjawan 2020 mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar dengan memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan pembangunan ke Sabah dan Sarawak yang akan digunakan untuk memperluas kemudahaan infrastruktur asas - air, elektrifikasi dan jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Firma penyelidikan itu juga menyatakan bahawa pekerjaan dalam kalangan belia masih menjadi cabaran, walaupun ekonomi berada pada pekerjaan penuh.
Oleh itu, ia memuji keputusan kerajaan untuk memberi insentif pengambilan pekerja kepada majikan yang mengupah siswazah menganggur dan memberi insentif gaji kepada siswazah itu sendiri.
MIDF juga berkata langkah-langkah diambil untuk memajukan semula pertumbuhan ekonomi dengan fokus pada perusahaan kecil dan sederhana dan Ekonomi Digital, akan mendorong penyediaan aktiviti nilai tinggi dan intensif pengetahuan.
Aktiviti-aktiviti ini akan menyumbang kepada penciptaan peluang pekerjaan baharu, terutama dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
"Penekanan terhadap meningkatkan kecekapan dan produktiviti akan menjadi positif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, manakala pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan kami terhadap tenaga kerja asing dan meningkatkan daya saing produk kami di pasaran eksport," katanya.
Sementara itu, firma penyelidikan itu berkata kerajaan optimistik ekonomi akan terus kekal kukuh.
Ekonomi dijangka kekal berdaya tahan tahun depan dan terus berada pada kadar sederhana sekitar 4.5 peratus hingga 4.7 peratus disebabkan kurang mendapat dorongan pertumbuhan dari sumber luaran.
"Bagi 2019, kami mengekalkan unjuran kami untuk ekonomi berkembang sebanyak 4.9 peratus," kata MIDF Research.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel