PORT DICKSON, 12 Okt -- Kenaikan elaun sara hidup nelayan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, mulai tahun depan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, semalam menunjukkan keprihatian kerajaan terhadap nasib nelayan.
Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Sembilan (PNNS) Abu Bakar Dawam berkata walaupun kenaikannya sedikit iaitu RM50 tetapi ia besar maknanya bagi nelayan.
"Walaupun naik sedikit, maknanya ada juga kenaikan. Ini menunjukkan kerajaan tidak meminggirkan aspek kebajikan nelayan dan bantuan sedia ada kepada golongan itu. Saya mewakili golongan nelayan di negeri ini mengucapkan syukur dengan pemberian tersebut.
"Kami juga berterima kasih kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub yang berusaha memastikan nasib nelayan di negara ini terus terbela. Penambahan elaun sara hidup ini sedikit sebanyak meringankan beban kos sara hidup nelayan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen semalam bahawa elaun sara hidup nelayan akan ditingkatkan kepada RM250 daripada RM200 sebulan.
Mengulas lanjut, beliau berkata golongan nelayan tidak seharusnya dipinggirkan kerana kebanyakan mereka tergolong daripada kelompok miskin dengan pendapatan yang tidak menentu.
"Jika musim tengkujuh bermula, hampir sebahagian besar kami tidak dapat turun ke laut dan terpaksa melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga. Oleh itu, kerajaan diminta terus memberikan perhatian kepada golongan ini pada belanjawan akan datang.
"Di samping menjaga kebajikan nelayan, kerajaan juga tidak seharusnya mengurangkan peruntukan bagi pelbagai program memajukan industri perikanan di negara ini," katanya. PNNS dianggotai lebih 400 nelayan yang kebanyakan nelayan pesisir pantai Port Dickson.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel