MELAKA, 12 Okt -- Peningkatan peruntukan bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tahun 2020 sebanyak RM4.9 billion dilihat mampu merangsang penambahan pendapatan bagi petani dan nelayan yang rata-rata terdiri daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan menggunakan sebaik mungkin dan sebijak mungkin peruntukan yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan itu.
“Dengan peruntukan yang diberikan, kita di peringkat kementerian akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan pendapatan petani dan nelayan dengan mengguna pendekatan yang lebih bijak yang bukan hanya memberikan insentif tetapi akan membantu mereka membangunkan bersama dalam sektor itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka 2019 sempena Sambutan Hari Jadi ke-81 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.
Salahuddin adalah antara sembilan penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) selain Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan; Anggota Lembaga Hasil Dalam Negeri, Tan Sri Rashpal Singh yang membawa gelaran Datuk Seri.
Katanya selain daripada memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pendapatan petani dan nelayan, pihaknya juga akan memberi fokus kepada usaha memperkenalkan ‘Smart Farming’ iaitu menguna teknologi terkini dalam meningkatkan hasil pertanian dengan penggunan sumber yang terhad.
Beliau berharap langkah tersebut dapat membantu sektor pertanian menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa akan datang.
“Sebagai contoh pada ketika ini, Kadar Sara Diri (SSL) bagi sektor padi negara hanya pada tahap 70 peratus, dengan penggunaan teknologi moden kita jangka bahawa kadar SSL padi tempatan akan meningkat kepada 75 peratus yang boleh mengurangkan kadar kebergantungan negara terhadap beras import dalam masa lima tahun lagi,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Kedah sebagai sebuah negeri pertanian yang terdiri daripada petani, peladang, nelayan dan warga Felda turut mendapat manfaat daripada Belanjawan 2020.
Beliau yang ditemui di majlis sama berkata, Belanjawan 2020 turut memberi pengkhususan kepada pelancongan akan memberi impak besar kepada Kedah bukan hanya di Pulau Langkawi sahaja tetapi juga di tanah besar Kedah.
Katanya selain daripada itu usaha-usaha meningkatkan pelaburan asing dan pelaburan domestik juga membantu Kedah menjadi negeri yang mempunyai daya tarikan untuk pelaburan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel