SHAH ALAM, 12 Okt -- Peruntukan RM50 juta untuk pembaikan dan penyelenggaraan jalan raya ke Pelabuhan Klang dalam Belanjawan 2020 amat dinantikan pemain industri, kata Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPP) Ean Yong Hian Wah.
Beliau berkata langkah itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap Pelabuhan Klang yang merupakan antara nadi pembangunan ekonomi negara.
“Malah, dua kajian bagi membina lebuh raya Serendah-Pelabuhan Klang Bypass dan Klang Logistic Corridor dilihat selari dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan sebuah pusat kontena di Pulau Carey pada masa depan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 semalam berkata Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan lebuh raya berkenaan yang bakal dibangunkan khusus untuk menghubungkan Northport, Westport dan rangkaian lebuh raya sedia ada dengan lebih cekap. Kedua-dua projek itu dianggarkan bernilai RM8.3 bilion.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata penyaluran peruntukan itu tepat pada masanya demi manfaat rakyat dan industri memandangkan kawasan di sekitar pelabuhan tersebut sedang pesat membangun.
Bagaimanapun, Azmizam berharap aspek pencahayaan di jalan-jalan di Pelabuhan Klang dapat ditingkatkan bagi mengurangkan risiko kemalangan khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.
“Dengan adanya lebuh raya baharu pula nanti, kenderaan perdagangan akan mempunyai lebuh raya alternatif untuk digunakan dan tidak lagi akan mengakibatkan kesesakan di kawasan Pelabuhan Klang seperti sekarang,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel