BERITA

Belanjawan 2020 mesra rakyat jaga kebajikan nelayan - nelayan Lahad Datu



LAHAD DATU, 12 Okt -- Persatuan Nelayan Kawasan Lahad Datu, menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Parlimen semalam sebagai belanjawan mesra rakyat, di samping memenuhi banyak permintaan komuniti nelayan supaya kerajaan tidak meminggirkan mereka, terutama dalam perkara-perkara yang membabitkan soal keselamatan dan kebajikan.

Pengerusinya, Eskin Barahim berkata antara insentif yang melibatkan komuniti itu secara langsung adalah pemberian elaun sara hidup bagi para nelayan, dan juga pengekalan subsidi minyak petrol buat kumpulan itu.

Selain itu katanya peningkatan peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pertahanan Malaysia secara tidak langsung juga memberi manfaat kepada kawalan keselamatan nelayan di laut.

“Kita harap penambahan bajet itu akan membolehkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) juga ditingkatkan. Ia memberi faedah besar kepada golongan nelayan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2020 mengumumkan Elaun Sara Hidup Nelayan dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, menjadikan peruntukan keseluruhan RM152 juta pada 2020.

Dari segi keselamatan pula, peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dinaikkan kepada RM16.9 bilion di bawah Belanjawan 2020 berbanding RM15.6 bilion pada belanjawan terdahulu, manakala buat Kementerian Pertahanan peruntukan RM15.6 bilion disediakan, berbanding RM13.9 bilion pada belanjawan sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Wira Parti Warisan Sabah, Bahagian Silam, Isham Shah Hassan berkata penambahan peruntukan pertahanan dan keselamatan diharap memberi kesan untuk peningkatan keupayaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Katanya peranan ESSCom akan lebih berkesan untuk mengekang penjenayah rentas sempadan di ESSZone.

“Keprihatinan ini dinantikan terutamanya untuk menambah kekuatan aset bot pemintas laju di kawasan perairan sempadan yang sering diceroboh,” katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel