Oleh N.Sevagamy
KUALA LUMPUR, 12 Okt -- Pengagihan bantuan kewangan kepada usahawan Cina dan India dalam Belanjawan 2020 dilihat sebagai usaha kerajaan Pakatan Harapan bertindak adil kepada semua kaum di negara ini, kata penganalisis ekonomi.
Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai ketika berkongsi pandangannya dengan Bernama berkata, jumlah pengagihan bantuan itu perlu dilihat berasaskan populasi sesuatu kaum dan bukannya daripada perspektif perkauman.
"Peruntukan mengikut kaum membayangkan bagaimana kerajaan bertindak telus, adil, prihatin dalam pembahagian peruntukan berkenaan," katanya sambil menambah belanjawan kali ini lebih peka dalam mengambil kira perspektif luas usahawan.
Semasa pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelbagai kemudahan untuk usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) antaranya pinjaman RM100 juta di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina dan pinjaman RM20 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India TEKUN Nasional.
Selain itu, sebanyak RM445 juta diperuntukkan kepada usahawan bumiputera bagi program keusahawanan di bawah TEKUN Nasional, SMECorp, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, Pelaburan Hartanah Bhd dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera.
Barjoyai berkata beliau agak terkejut dengan keprihatinan kerajaan dalam memberi peruntukan yang agak besar kepada usahawan kecil dan bumiputera dalam belanjawan kali ini.
"Ini sebenarnya dilihat sebagai langkah positif memandangkan ia memberikan semangat dan minat untuk mengimbangi perkembangan dalam pembangunan perniagaan usahawan di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Pengarah Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) Datuk David Chua berpendapat pengagihan peruntukan kepada setiap kaum menunjukkan kerajaan memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua kaum.
"Konsep pengagihan peruntukan kepada setiap kaum dapat mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat...sebenarnya (peruntukan) sebegini dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara pelbagai kaum," katanya.
Sementara itu, Presiden Kebangsaan Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk Michael Kang Hua Keong berkata beliau berasa teruja apabila melihat banyak insentif diperuntukkan kepada PKS.
"Belanjawan 2020 ini, adalah paling bagus sebab ia memfokuskan pembangunan ekonomi. Menerusi peruntukan ini, kita akan bekerjasama dengan kerajaan dalam menggiatkan lagi industri perusahaan termasuk digital serta operasi perniagaan secara automasi,” katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel