BERITA

Belanjawan 2020: UniMAP komited pacu TVET



KANGAR, 12 Okt  -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menyambut baik pertambahan peruntukan bagi program Latihan Teknikal Vokasional (TVET) daripada RM5.7 bilion pada 2019 kepada RM5.9 bilion menerusi Belanjawan 2020 yang dibentangkan semalam dengan UniMAP sendiri memberi komitmen dalam memacu kegemilangan agenda TVET.

Naib Canselor UniMAP Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata komitmen itu termasuk dalam mewujudkan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri yang terlibat dengan TVET selain meningkatkan penawaran program Ijazah Sarjana Muda Teknologi (BTech) di UniMAP.

“Antara langkah awal yang telah dibuat sebelum ini ialah membangunkan Konsortium TVET negeri Perlis yang akan mengumpulkan kesemua pembekal TVET utama di negeri ini supaya kita semua dapat bergabung tenaga dan berkongsi kepakaran dalam usaha memperkasakan TVET di negara kita.

“Meskipun telah banyak aktiviti kerjasama yang dilaksanakan antara UniMAP dan institusi lain sebelum ini namun saya percaya kewujudan konsortium ini dapat memberikan impak yang lebih besar melalui gabungan tenaga dan sumber kesemua institusi pendidikan dan latihan yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

R Badlishah berkata terlalu banyak inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 semalam dapat dimanfaatkan oleh institusi pendidikan termasuklah peruntukan RM11 juta untuk menggalakkan pelajar mengambil aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Golongan ini (STEM) merupakan “feeder” kepada UniMAP, justeru lebih banyak aktiviti dan program pembudayaan STEM termasuk membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi akan dikendalikan di sekolah-sekolah melalui penglibatan menyeluruh pensyarah dan Pusat-Pusat Pengajian di UniMAP.

“Ini termasuklah meningkatkan bilangan sekolah angkat UniMAP dengan tumpuan awal dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Justeru saya melihat pembudayaan STEM seharusnya di mulakan di peringkat sekolah rendah lagi,” katanya lagi.

Dalam kenyataan sama, R Badlishah turut mengulas mengenai peruntukan RM30 juta geran padanan industri berkata ia bakal meningkatkan lagi penganjuran program jaringan universiti dan industri yang mana ia bakal menjadi antara agenda utama penyelidikan negara di masa akan datang.

Beliau berkata ini sekaligus akan memastikan setiap penyelidikan yang dijalankan oleh universiti akan terus seiring dengan kehendak industri dalam usaha mendepani cabaran revolusi industri 4.0 (IR4.0).

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel