BERITA

Lee sambut baik peruntukan RM15 juta buat AADK, tambah baik program banteras dadah



KUALA LUMPUR, 12 Okt  -- Aktivis sosial Lee Lam Thye hari ini memuji langkah kerajaan memperuntukkan RM15 juta kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi melaksanakan program pembasmian gejala dadah, Rintis, bersama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti tempatan, di bawah belanjawan 2020.

Beliau berkata peruntukan itu akan membantu dalam memperbaiki lagi keberkesanan program-program pemulihan dadah.

“Bagaimanapun adalah perlu untuk menangani masalah dadah yang serius dengan lebih efektif menerusi dasar baharu berkaitan dadah yang akan diputuskan oleh satu suruhanjaya, ditubuhkan khusus bagi mengkaji keseluruhan masalah berkaitan penyalahgunaan dadah dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata setakat ini tidak ada peruntukan khusus buat pembangunan kesihatan mental, seperti pusat-pusat pemulihan komuniti diumumkan, walaupun Kementerian Kesihatan diberikan peruntukan RM30.6 bilion di bawah belanjawan 2020.

“Pihak kementerian perlu diberikan peruntukan yang lebih besar khusus bagi membina pusat-pusat pemulihan bagi membantu menangani pelbagai masalah mental yang diakibatkan oleh penagihan dadah sintetik,” katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan kementerian Kesihatan supaya memenyediakan peruntukan untuk memberikan latihan asas pertolongan cemas kesihatan mental kepada guru, majikan dan ibu bapa selain pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan dengan sakit mental.

-- BERNAMA

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel