KLANG, 12 Okt -- Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berharap rakyat dapat menerima dan memanfaatkan setiap inisiatif kerajaan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020 semalam khususnya dalam meningkatkan ekonomi negara.
Beliau berkata tiga perkara yang disifatkannya sebagai asas utama dalam belanjawan itu iaitu mengembangkan ekonomi domestik, menarik pelaburan dari dalam dan luar negara serta memberi penekanan terhadap digital ekonomi, mampu memacu negara ke arah menjadi negara maju.
"Tiga perkara ini penting untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian kelulusan projek baik pulih prasarana sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Gadong, di sini, hari ini.
Beliau berkata peruntukan sebanyak RM6.5 bilion bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada graduan dan wanita juga dilihat mampu merancakkan ekonomi negara.
"Golongan muda dan golongan wanita adalah penting bagi membangunkan ekonomi negara dan kita mahu golongan ini bersedia menghadapi teknologi baharu dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0," katanya.
Terdahulu, Mohamed Azmin menyerahkan peruntukan daripada kementeriannya berjumlah RM1.79 juta kepada 10 buah sekolah di sekitar Klang bagi projek baik pulih prasarana.
Antara projek baik pulih yang akan dilaksanakan ialah pemasangan pagar, pembinaan kantin, baik pulih dan menaik taraf infrastruktur sekolah.
Antara sekolah yang menerima peruntukan berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pelabuhan Utara, SK Telok Gadong, SK Sungai Udang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Gadong dan SMK Bandar Sultan Suleiman.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel