SEREMBAN, 12 Okt -- Penambahan peruntukan pembangunan luar bandar kepada RM10.9 bilion dalam Belanjawan 2020 berbanding RM9.7 bilion pada 2019, dapat mensejahterakan masyarakat luar bandar, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata kawasan luar bandar sememangnya perlu diberi perhatian khusus dan keutamaan diberikan terhadap isu-isu sosial serta kemudahan infrastruktur.
"Sebahagian tempat masih memerlukan jalan ke ladang atau kampung yang lebih baik, kemudahan seperti paip air yang terlalu lama perlu diganti dengan yang baharu kerana terdapat penambahan penduduk di kampung. Keperluan itu agak mendesak dan ia perlu diberi tumpuan.
"Di samping itu, penduduk luar bandar juga memerlukan kemudahan seperti apa yang ada di bandar, sebagai contoh penggunaan jalur lebar dan telekomunikasi dengan talian yang lebih baik. Dengan pertambahan peruntukan sebanyak 1.2 bilion ini dapat membantu penduduk luar bandar termasuk di negeri ini selain turut mendapat limpahan pembangunan-pembangunan yang ada," katanya kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Sekolah Menengah Dato’ Klana Petra Maamor kali keempat di sini hari ini.
Mengulas mengenai peruntukan terbesar dalam belanjawan itu yang diterima Kementerian Pendidikan, Aminuddin berkata ia bukan sahaja dapat digunakan untuk menambah baik kemudahan infrastruktur sekolah bahkan boleh menyumbang kepada peningkatan akademik pelajar.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat semalam, mengumumkan peruntukan sebanyak RM64.1 bilion kepada kementerian itu pada tahun hadapan berbanding RM60.2 bilion pada tahun ini.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel