BERITA

Kerajaan Persekutuan tunai senarai permintaan peruntukan sukan, belia Sabah



TAWAU, 12 Okt -- Peruntukan sebanyak RM5.2 bilion kepada Sabah dalam Belanjawan 2020 termasuk dalam soal pembangunan belia dan sukan, bukti kerajaan persekutuan bekerja keras untuk merealisasikan pengagihan sama rata kepada negeri ini secara berperingkat.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Phoong Jin Zhe berkata ia juga bukti permintaan pemimpin untuk rakyat negeri ini, didengar pemimpin di peringkat Persekutuan.

" Bulan lalu, saya telah bertemu dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan mengemukakan ‘Senarai Permintaan’ daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

"Saya berterima kasih atas kecekapan YB (Guan Eng), kerana bukan sahaja telah memperuntukkan RM5 juta untuk memperbaiki Stadium Kota Kinabalu pada tahun ini, tetapi juga menambah lebih banyak dana dalam Belanjawan 2020, bagi menaik taraf kompleks sukan di seluruh Sabah secara berperingkat," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Phoong, menjadi perjuangannya sebagai menteri bagi memastikan kemudahan sukan di Sabah ditambah baik dan secara beransur-ansur ke infrastruktur sukan ke taraf dunia.

Sementara itu, beliau turut gembira dengan peningkatan peruntukan kepada RM20 juta bagi pembangunan e-Sukan pada tahun hadapan.

"Ia (peruntukan) bertambah dua kali ganda berbanding tahun lepas, ini sekali gus akan memacu lebih banyak industri berkaitan, seperti industri teknologi elektronik dan peruncitan produk elektronik," katanya.

Selain itu, beliau berkata kementeriannya akan turut mengkaji strategi bagi menarik lebih banyak acara e-sukan berskala besar ke Sabah, sekali gus dapat membangunkan pelancongan e-sukan.

Sementara itu, Phoong berkata Belanjawan 2020 itu telah banyak merealisasikan manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum lepas.

"Kami (kerajaan) akan terus berusaha, melaksanakan misi kami untuk membina semula negara ini, merealisasikan perubahan secara beransur-ansur," katanya lagi.

-- BERNAMA

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel