BERITA

Peruntukan 30 juta kepada JAS lengkapi dasar kelestarian negeri Johor



JOHOR BAHRU, 12 Okt  -- Peruntukan RM30 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia semalam dilihat melengkapi Dasar Kelestarian Negeri Johor.

Ini kerana ia secara tidak langsung bakal memperteguh peranan JAS dalam mendepani sebarang cabaran dan ancaman pencemaran susulan pembangunan pesat di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon.

“Ia juga akan memantapkan lagi usaha penguatkuasaan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang dijalankan oleh pihak JAS,” kata beliau sebagai respons kepada inisiatif itu yang diumumkan kerajaan bagi melestarikan alam sekitar dalam pembentangan Belanjawan 2020 semalam.

Beliau berkata untuk dana padanan berjumlah RM10 juta bagi membiayai inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pula, pihaknya melihat dana itu sememangnya diperlukan tatkala kerajaan negeri sedang memperhebat usaha menterjemah dan memacu agenda rendah karbon secara menyeluruh melibatkan masyarakat akar umbi. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor Mohd Solihan Badri berharap pengumuman kerajaan mengenai pelaburan sebanyak RM85 juta bermula tahun depan bagi melancarkan aliran trafik di Tambak Johor, turut akan melibatkan soal meningkatkan kecekapan sistem, memperbaiki kemudahan infrastruktur dan penguatkuasaan.

Katanya, ketiga-tiga komponen ini penting bagi memastikan masalah kesesakan yang berlarutan dan semakin buruk dari tahun ke setahun dapat diatasi.

Beliau juga menaruh harapan kemudahan baharu iaitu laluan pejalan kaki berbumbung yang telah dicadangkan kepada Perdana Menteri, dilaksanakan dengan segera.

“Walaupun projek Sistem Rapid Transit (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura dilaksanakan, kompleks CIQ (Bangunan Sultan Iskandar) termasuk laluan jalan serta kemudahan menurun dan mengambil penumpang bas awam, bas sekolah, bas persiaran dan ratusan lagi bas pekerja perlu dibaiki.

Ini kerana laluan Tambak Johor akan terus menampung pengangkutan bermotor seperti bas, kereta, motosikal, lori sedangkan kemudahan yang dibina sejak tahun 2003 itu tidak lagi berupaya menampung keperluan semasa,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel