MELAKA, 12 Okt -- Peruntukan RM20 juta yang disediakan kerajaan dalam Belanjawan 2020 bagi memperkasakan e-sukan dilihat sebagai satu langkah progresif bagi menggalakkan pembangunan dan perkembangan sukan itu.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Arrifin Mohd Ghani berkata ini kerana peruntukan itu antara lain mampu meningkatkan usaha mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam sukan tersebut.
"Sukan ini masih dianggap baharu di negara ini namun dengan peruntukan dalam Belanjawan 2020 dan pelbagai program diatur, saya percaya pembangunan e-sukan itu dapat dipercepatkan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya bersama kerajaan negeri kini berusaha untuk menyiapkan atlet e-sukan bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Johor dari 11 hingga 19 Julai tahun hadapan.
Arrifin berharap dengan kemudahan yang sedia ada di pusat e-sukan Ancient Galaxy Esports Hub yang dibangunkan di Kota Syahbandar, ia dapat membantu usaha melahirkan bukan hanya atlet e-sukan peringkat kebangsaan tetapi bertaraf antarabangsa pada masa akan datang.
Sementara itu, Exco Komunikasi Multimedia, Belia dan Sukan Negeri Melaka Kerk Chee Yee berharap dengan suntikan itu ia dapat membantu usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan prestasi atlet serta pembangunan sukan itu secara keseluruhan.
Beliau berkata pembangunan sukan berkenaan perlu dilihat sebagai satu pembangunan yang turut meliputi banyak bidang lain yang berkaitan seperti jurutera perisian, pereka permainan, pengeluar perkakasan, selain daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam sukan elektronik seperti atlet, jurulatih, ‘caster’ serta juruteknik.
“Apa yang kita usahakan bukan hanya untuk melahirkan atlet e-sukan semata-mata tetapi program-program yang dianjurkan adalah bagi menyuntik nilai-nilai yang betul kepada mereka yang ingin menceburi bidang e-sukan untuk mengelakkan ketagihan permainan atas talian,” katanya.
Sementara itu peminat sukan e-sukan, P.Pravian, 23 berkata apa yang dilakukan oleh kerajaan itu tepat pada masanya kerana sukan berkenaan sedang berkembang pesat di peringkat global, maka adalah satu kerugian sekiranya Malaysia tidak merebut peluang itu.
Beliau yang juga pelajar tahun tiga jurusan kejuruteraan mekanikal, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkata e-sukan juga dilihat mampu menjana pendapatan yang tinggi yang boleh dijadikan sebagai satu kerjaya pilihan bagi remaja dan bukan satu hobi yang mendatangkan kesan negatif.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel