BERITA

Had harga RTO RM500,000 wajar diturunkan



KUALA LUMPUR, 13 Okt  -- Kerajaan diminta mengkaji semula inisiatif Skim Pembiayaan Sewa Untuk Memiliki (RTO) yang dimasukkan dalam Belanjawan 2020 kerana harga rumah mampu milik yang ditetapkan sehingga RM500,000 dilihat masih tinggi untuk ramai bakal pembeli.

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Datuk Chang Kim Loong berkata walaupun ia dilihat sebagai satu langkah proaktif membuka pintu kepada lebih ramai memiliki rumah, lebih wajar sekiranya kerajaan merendahkan had harga yang ditetapkan iaitu RM500,000 kepada nilai yang lebih rendah iaitu sekitar RM300,000.

"HBA menyokong penuh tindakan kerajaan memperkenal RTO ini, namun adalah lebih baik sekiranya had itu direndahkan supaya dapat meningkatkan jumlah pembeli yang akan mampu membeli rumah yang mereka sewa itu.

“ Kita ambil contoh sekiranya harga sebuah rumah sekitar RM500,000, jadi jumlah penyewa yang mampu untuk membelinya sekitar 20,000 orang. Namun jika harganya sekitar RM300,000, penyewa yang mampu membelinya boleh meningkat sekitar 33,333 orang dan ini lebih menguntungkan kerajaan dan pemaju,” katanya kepada Bernama.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 Jumaat lalu berkata kerajaan akan mengadakan usahasama dengan institusi kewangan untuk melaksanakan RTO bagi membantu mereka yang tidak mampu membayar deposit 10 peratus dan sukar mendapatkan akses pembiayaan pembelian rumah.

Melalui skim untuk pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 itu, pembiayaan sebanyak RM10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30 peratus atau RM3 bilion.

Di bawah skim ini, pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima tahun dan selepas setahun, diberi pilihan untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada harga yang ditetapkan semasa perjanjian penyewaan ditandatangani.

Chang berkata dengan had harga yang lebih rendah dan jumlah dana pembiayaan RM10 bilion itu, beliau menjangkakan pihak pemaju akan dapat melihat adanya keperluan untuk membina lebih banyak projek  perumahan mampu milik kerana kadar pembelinya yang bertambah seiring penurunan harga hartanah itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Datuk Soam Heng Choon turut menyokong usaha kerajaan memperkenal RTO yang mana ia dilihat berperanan meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat, selaras dengan agenda perumahan negara.

Bagi pelanjutan Skim Perumahan Belia pula, Soam berkata ia dapat memberi manfaat kepada golongan belia yang mencari rumah, namun berharap had untuk 10,000 unit rumah akan ditingkatkan untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pembeli terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

-- BERNAMA    


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel