BERITA

Belanjawan 2020: Peluang besar untuk Sabah lebih membangun, realisasi MA63 - pensyarah



KOTA KINABALU, 13 Okt -- Belanjawan 2020 yang menyaksikan pelbagai galakan dan peruntukan diberikan kepada Sabah adalah bukti komitmen kerajaan untuk membangunkan negeri ini secara lebih mampan serta seimbang demi kesejahteraan rakyat.

Ketua Program Ekonomi Perancangan dan Pembangunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Janice Nga berkata cadangan menggandakan pemberian khas tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak bermula tahun depan membuktikan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai mesra rakyat dan makmur dalam tempoh jangka panjang, Nga yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS berkata belanjawan itu juga menunjukkan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran kerajaan pada hari ini mempunyai kemajuan positif dan berada di landasan yang betul.

"Peruntukkan dinaikkan untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2020 itu membuktikan komitmen kerajaan PH dan ini sekali gus menunjukkan prestasi ekonomi negara mempunyai kemajuan positif kerana kerajaan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan peruntukan kepada kedua-dua negeri.

"Justeru, ini adalah indikator yang bagus. Walaupun ekonomi dunia merudum (pada ketika ini), namun, kerajaan masih mampu mengekalkan positiviti. Selain itu, bajet ini juga realistik dan holistik," katanya kepada Bernama.

Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat Jumaat lepas antara lain menyaksikan Sabah dan Sarawak kekal sebagai negeri yang menerima Perbelanjaan Pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion bagi tahun hadapan.

Kerajaan juga bercadang untuk menggandakan pemberian khas tahunan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak bermula 2020.

Sejak 1969, pemberian khas yang merupakan sebahagian daripada geran Persekutuan itu, iaitu sebanyak RM26.7 juta untuk Sabah dan RM16 juta untuk Sarawak, belum pernah disemak semula. Bermula tahun depan, kerajaan PH bercadang untuk menggandakan kadar tersebut kepada RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak.

Nga berkata ia adalah langkah positif diambil oleh kerajaan PH ke arah merealisasikan antara intipati terkandung dalam MA63, dan meskipun dibuat secara berperingkat namun usaha itu bakal memberi manfaat besar kepada penduduk di Sabah serta juga Sarawak.

Ini kerana, peruntukan itu boleh digunakan bagi memperkasakan lagi pembangunan di seluruh pelosok Sabah terutama dalam aspek infrastruktur dan prasarana asas untuk kemudahan serta keselesaan rakyat, katanya.

"Namun, apa yang lebih penting sekarang ini adalah bagaimana kesemua peruntukan itu boleh dilaksanakan secara lebih efektif dan efisien sekali gus memastikan ia sememangnya sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi," katanya.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel