BERITA

Bekas banduan hargai langkah kerajaan kembangkan latihan kemahiran di penjara

Gambar fail Bernama

Oleh Kamaliza Kamaruddin

KUALA TERENGGANU, 13 Okt -- “Terima kasih kerana sensitif dengan keperluan dan kebajikan banduan”.

Itu antara kata-kata bekas banduan setelah mengetahui pengumuman kerajaan dalam Belanjawan 2020 untuk mengembangkan latihan kemahiran kepada banduan bagi memenuhi standard program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Kebangsaan.

Zack, (bukan nama sebenar)  45, yang pernah menjalani hukuman di Penjara Marang di sini mengakui mempunyai pengalaman sendiri mengikuti latihan kemahiran (masakan) untuk banduan dan berjaya memanfaatkan ilmu itu ketika mencari kerja sebaik dibebaskan akhir tahun lepas.

"Ketika di penjara dahulu, saya dan beberapa banduan lain diberi peluang menyediakan lima hidangan iaitu sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam untuk banduan lain.

"Sepanjang mengikuti latihan kemahiran masakan itu, kami turut dibimbing oleh Pejabat Kesihatan Marang, yang menyediakan kursus penyediaan makanan mengikut prosedur operasi standard (S.0.P), yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hasil latihan kemahiran masakan yang diikuti itu membolehkan Zack menggunakan ilmu yang ada itu untuk bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran milik rakannya selepas sebulan dibebaskan dari penjara.

Melalui Belanjawan 2020, kerajaan akan memperuntukkan RM20 juta khusus bagi program latihan untuk banduan seperti perkhidmatan makanan (F&B), pertukangan, perkhidmatan dobi dan kimpalan.

Seorang lagi bekas banduan di penjara sama, Johari, 32, (bukan nama sebenar) berkata, peruntukan itu mungkin satu daripada penyelesaian untuk membolehkan pihak pengurusan penjara membeli lebih banyak peralatan.

Berdasarkan pengalaman selama empat tahun di penjara, beliau berkesempatan belajar pelbagai kemahiran pertukangan hingga akhirnya mahir membuat pelbagai jenis perabot.

"Dulu pernah buat macam-macam jenis perabot… sofa, almari sampailah katil. Cuma sayangnya kadang-kadang peralatan tidak cukup. Kebanyakan bahan pula dibeli pada awal tahun… kadang-kadang habis tidak sampai enam bulan.

"Ketika itu biasanya ada dalam 20 hingga 25 orang banduan akan bekerjasama menyiapkan perabot, tetapi apabila barang tidak cukup, ia akan terhenti dan ambil masa untuk teruskan pembelajaran," katanya ketika dihubungi Bernama.

Johari, yang kini bekerja sebagai tukang di sebuah kedai perabot di Kuala Terengganu turut melahirkan kesyukuran apabila mengetahui kerajaan menitikberatkan kemahiran banduan demi masa hadapan mereka.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel