Oleh Mohd Khairi Idham Amran
KUALA LUMPUR, 13 Okt -- Cadangan pemberian insentif untuk automasi, yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, akan membantu meningkatkan keyakinan peniagaan dalam pelaburan automasi, kerana ia menunjukkan komitmen yang lebih kukuh daripada kerajaan dalam membangunkan teknologi revolusi industri keempat (Industri 4.0) dalam ekosistem tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Robotik Automotif dan IoT Malaysia, (MARii), Datuk Madani Sahari berkata ini akan menjadikan proses penguatkuasaan automasi lebih mudah kerana halangan kewangan dapat dikurangkan.
“Kerajaan telah mengambil langkah yang betul dalam mendorong pengilangan pintar, terutama dalam menggalakkan penggunaan teknologi automasi untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sejak pelancaran Dasar Industri 4.0 Nasional (Industry4WRD) pada 2018, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, melalui MARii, telah menjalankan pelbagai program bagi memudahkan pengeluar memasuki automasi pintar, membimbing syarikat Malaysia mengguna pakai automasi melalui pembangunan strategi teknologi dalam rancangan perniagaan mereka.
Oleh itu, beliau berkata pengumuman mengenai lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan (ACA), serta geran padanan untuk 2,000 syarikat perkilangan dan perkhidmatan, merupakan langkah yang disambut baik, terutama kerana keputusan pelaburan dalam automasi merupakan pertimbangan utama bagi perniagaan, terutama untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor automotif dan mobiliti.
Selain itu, beliau berkata penambahan peruntukan untuk pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional, menambah dimensi baharu kepada proses penguatkuasaan automasi memandangkan aspek pembangunan modal insan penting dalam ekosistem teknologi lestari.
Beliau berkata pembangunan modal insan juga turut mengambil kira pertimbangan kewangan terhadap penggunaan automasi pintar dalam industri.
Beliau berkata penekanan terhadap pembangunan modal insan juga akan membantu mengurangkan pergantungan negara terhadap tenaga kerja asing.
Semasa membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada Jumaat, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan telah melanjutkan tahun taksiran untuk Elaun Modal Dipercepatkan dan elaun modal peralatan automasi bagi sektor perkilangan ke atas RM2 juta pertama dan RM4 juta yang ditanggung atas perbelanjaan modal yang layak untuk tahun taksiran 2023.
Insentif ini juga akan diperluas untuk merangkumi sektor perkhidmatan ke atas RM2 juta pertama yang ditanggung atas perbelanjaan modal yang layak dari tahun taksiran 2020 hingga tahun taksiran 2023.
Kerajaan juga memperuntukkan RM550 juta untuk menyediakan geran pemadanan automatik pintar sehingga RM2 juta bagi setiap syarikat kepada 1,000 perkilangan dan 1,000 syarikat perkhidmatan untuk mengautomasikan proses perniagaan mereka.
Kerajaan juga meningkatkan Skim Jaminan Modal Kerja (SJPP) dengan jaminannya kepada perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera (SME), PKS berorientasikan eksport dan IKS yang melabur dalam automasi dan digitalisasi akan meningkat kepada 80 peratus daripada 70 peratus, sementara yuran jaminan akan dikurangkan kepada hanya 0.75 peratus.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel