BERITA

Kerajaan tidak beri kerakyatan orang luar beli rumah dengan hanya RM600,000



LANGKAWI, 13 Okt -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penurunan had harga rumah untuk pembeli asing kepada RM600,000 bertujuan mengurangkan bekalan kondominium dan pangsapuri tidak terjual.

Beliau turut menegaskan warga asing yang membeli rumah berkenaan tidak akan diberikan kewarganegaraan. 

"Kalau orang tempatan nak beli pun boleh jual dengan harga itu juga tetapi kita ada ‘over hang’, kita telah bangunkan rumah dengan banyak sekarang ini tidal dijual. Apabila sesuatu projek perumahan tak dijual ianya menyebabkan kerugian kepada negara, jadi kita nak rid of this over hang.

"Bila dah over hang dah get rid kita nak naik balik ke RM800,000; RM1 juta atau RM2 juta itu, ini cara kita nak lariskan penjualan. Kalau orang asing beli, mereka boleh beli tetapi kita tidak beri kerakyatan kepada mereka, mereka guna sebagai 'holiday home'," katanya.

Dr Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat pembangunan Langkawi di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan, Pegawai Daerah Langkawi Muhammad Arof Darus dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Radzuan Osman.

Semasa membentang Belanjawan 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa untuk mengurangkan bekalan kondominium dan pangsapuri tidak terjual bernilai M8.3 bilion pada suku kedua 2019, kerajaan akan menurunkan had harga hartanah bangunan tinggi di kawasan bandar untuk pemilikan asing daripada RM1 juta kepada RM600,000 pada 2020.

Mengenai isu import minyak sawit, Perdana Menteri berkata, Kerajaan belum bercadang membuat sebarang respon terhadap laporan berita mengatakan bahawa India merancang untuk melarang import minyak sawit dari Malaysia. Buat masa ini Malaysia perlu melihat tindakan selanjutnya daripada negara berkenaan.

"Kita akan kaji kesan yang akan diambil oleh India. India juga menjual barang kepada kita. Jadi dalam trade ini bukan one way sahaja, two ways," katanya.

Malaysia dan India perlu mengelak daripada menjadikan perkara itu perang perdagangan yang akhirnya akan merugikan kedua-dua negara.

Perdana Menteri diminta mengulas mengenai laporan berita sebuah agensi berita antarabangsa yang mengatakan India bercadang melarang import produk Malaysia termasuk minyak sawit susulan kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan lepas berkaitan isu Jammu dan Kashmir. Laporan itu menyatakan Dr Mahathir mendakwa India telah ‘menceroboh dan menduduki’ Jammu dan Kashmir dan meminta New Delhi berbincang dengan Pakistan untuk menyelesaikan isu itu.

India mengimport kira-kira 150,000 tan sebulan, yang juga pembeli kedua terbesar minyak sawit Malaysia.

-- BERNAMA 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel