PONTIAN, 13 Okt -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan menggunakan sebahagian besar peruntukan yang ditingkatkan kerajaan dalam Belanjawan 2020 bagi modenisasi sektor pertanian.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, fokus untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian turut menjadi agenda utama kementeriannya.
"Kita akan fokuskan kepada beberapa program yang mampu meningkatkan pendapatan petani seperti modenisasi di mana kita akan tingkatkan kajian berkaitan benih yang lebih bermutu.
"Kita juga akan memfokuskan terhadap penggunaan teknologi moden seperti artificial intelligent (AI) selain memastikan wujud peluang pekerjaan di sektor ini bagi membantu usahawan tani keluar dari B40 dan fokus terhadap agropreneur muda kita melalui geran-geran yang akan diberikan untuk memajukan bidang yang mereka ceburi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Penanaman Kelapa Rendah Peringkat Kebangsaan di Dewan Serbaguna Mukim Serkat di sini, hari ini. Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata kementeriannya komited meningkatkan pendapatan nelayan melalui penyertaan dalam bidang pertanian khususnya ketika berdepan musim tengkujuh.
Nelayan yang mempunyai tanah disaran mendapatkan bimbingan MOA untuk menceburi bidang pertanian kerana ia dapat mengurangkan kebergantungan nelayan terhadap elaun sara hidup termasuk menghadapi musim tengkujuh.
Sebanyak RM5 juta diperuntukkan MOA menerusi program Rezeki Tani yang memberi peluang keluarga daif dan miskin tegar untuk menerima bantuan berbentuk peralatan perniagaan bernilai RM10,000.
Program Rezeki Tani itu menyasarkan 500 peserta dari seluruh Semenanjung.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel