MUAR, 13 Okt -- Peruntukan yang diterima Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam Belanjawan 2020 diharapkan dapat membantu agensi tersebut dalam melaksanakan aktiviti penguatkuasaan secara lebih berkesan pada tahun hadapan.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin berkata dengan peruntukan itu, kementeriannya akan dapat membantu memperoleh peralatan dan jentera yang diperlukan dalam menangani masalah pencemaran di negara ini.
Selain itu, peruntukan itu juga membolehkan JAS melaksanakan kajian-kajian yang diperlukan yang berkaitan dengan pencemaran.
“Ia akan digunakan sebaiknya supaya kita dapat meningkatkan penguatkuasaan JAS pada tahun depan.
“...kerana setiap tahun, kita hendak melipat gandakan siri penguatkuasaan JAS,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Pendidikan ESTECC di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chai di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas yang antara lain memberi peruntukan RM20 juta kepada MESTECC untuk menjalankan program Cradle Fund bagi melatih dan memberi geran kepada usahawan teknologi berimpak tinggi.
Selain itu, kerajaan menyediakan peruntukan RM30 juta kepada JAS dan Jabatan Kimia bagi memperkasa kedua-dua jabatan itu dalam menangani isu pencemaran.
Berhubung program ESTECC, Yeo berkata pihaknya telah mula melihat kesan positif dalam kalangan pelajar sekolah berhubung kepentingan mempelajari subjek Sains, Teknologi dan Matematik (STEM), sejak program dijalankan pada Januari tahun ini.
Katanya ini kerana pelajar kini sudah berasa lebih faham bahawa sains menyeronokkan.
“Ini sangat penting supaya mereka tidak takut kepada sains dan teknologi. Oleh itu, untuk tahun depan, kita akan melihat bagaimana kita boleh memperluaskan atau memperbaiki program ini supaya menjadi lebih menarik.
“...serta juga bagaimana kita boleh menyuntik lebih banyak subjek (pengajaran) teknologi baharu seperti robotik, dron dan lain-lain,” katanya.
Pada masa yang sama, pihaknya berhasrat untuk memperluaskan rakan strategik mereka untuk melaksanakan program Minggu Sains Negara kepada jabatan-jabatan dan agensi kerajaan lain, supaya dapat melengkapi usaha MESTECC mendekati lebih ramai pelajar berhubung pembelajaran STEM.
“Sasaran kita adalah untuk melibatkan seramai satu juta pelajar di seluruh negara sehingga akhir tahun ini ke dalam program ESTECC dan sejuta lagi pelajar menerusi program Minggu Sains Negara.
Sehingga semalam, seramai 581,910 pelajar dari 1,701 buah sekolah telah pun dilibatkan secara langsung dalam program ESTECC dengan 296,699 orang daripadanya merupakan pelajar luar bandar dari 776 buah sekolah.
Program itu bertujuan untuk menyebarluaskan aktiviti kesedaran dan pembudayaan ESTECC dalam kalangan pelajar yang merangkumi sektor utama di bawah MESTECC iaitu tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim.
Ia juga merupakan inisiatif bagi membantu pelajar mempelajari dan menghayati kepentingan STEM selaras dengan hasrat kerajaan untuk mncapai nisbah 60:40 aliran sains:sastera di sekolah.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel