KOTA KINABALU, 13 Okt -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah akan melakukan beberapa perancangan termasuk mempertingkatkan peruntukan untuk membangunkan sukan elektronik (e-sukan) di negeri ini.
Menterinya Phoong Jin Zhe berkata kementerian itu komited untuk membangunkan sukan berkenaan memandangkan e-sukan sudah menjadi industri yang menguntungkan.
"Oleh itu kini KBS akan mengutamakan e-sukan dengan menggalakkan lebih banyak penganjuran dan penyertaan khususnya golongan belia dalam sukan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Grand Final Gen Y Centre Cup E-Sport Tour Sabah 2019, di sini hari ini.
Beliau berkata zaman telah berubah dan masyarakat perlu melihat e-sukan sebagai sukan baharu yang boleh menjana ekonomi negara.
"Kita mahu e-sukan menjadi satu industri yang selari dengan industri lain kerana sekiranya kita berjaya membangunkan e-sukan, seterusnya dapat menganjurkan satu kejohanan yang besar sudah semestinya ia menjadi pelancongan e-sukan yang menguntungkan," katanya.
Phoong berkata untuk memastikan e-sukan berkembang di negeri ini, KBS telah membuat keputusan akan mempertandingkan e-sukan pada Sukan Sabah (SAGA) penghujung tahun ini.
"Pemenang yang akan memenangi acara itu akan mewakili Sabah dalam peringkat yang lebih tinggi...kita mahu menghasil ramai pemain e-sukan di Sabah," katanya.
Mengulas mengenai Gen Y Centre Cup E-Sport Tour Sabah 2019, Phoong berkata 480 peserta dari seluruh Sabah menyertai acara berkenaan.
"Tiga permainan yang dipertandingkan dalam acara ini iaitu Mobile Legend, PUBG, dan Tekken 7. Saya mengucapkan syabas kepada penganjur utama Gen Y Centre kerana buat julung-julung kalinya dapat menganjurkan pertandingan e-sukan terbesar di Sabah setakat ini. Kita mahu banyak lagi kejohanan seperti ini selepas ini bagi mencungkil lebih ramai pemain berbakat dalam e-sukan," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel