BERITA

Inisiatif tingkatkan akses kepada perumahan: Penuhi harapan rakyat miliki rumah impian

Filepix.

JOHOR BAHRU, 13 Okt -- Beberapa inisiatif yang melibatkan peningkatan akses kepada perumahan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020, dua hari lepas, diyakini akan membolehkan rakyat Malaysia termasuk negeri ini memiliki rumah impian mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Dzulkefly Ahmad berkata penyediaan Skim Pembiayaan Sewa untuk Memiliki (RTO) dengan dana sebanyak RM10 bilion, contohnya, akan dapat mengatasi dua isu besar yang dihadapi pembeli iaitu kesukaran menyediakan bayaran 10 peratus deposit pembelian rumah dan kegagalan mendapatkan pinjaman perumahan.

“Pemohon melalui skim ini akan menyewa rumah yang hendak dibeli bagi tempoh maksimum  lima tahun dan kemudiannya diberikan pilihan untuk membeli rumah tersebut pada harga asal semasa Perjanjian Sewaan ditandatangani,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sementara itu, tindakan kerajaan melanjutkan tempoh Skim Perumahan Belia bagi pemilikan rumah pertama mulai 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021 adalah merupakan satu tindakan yang tepat bagi membolehkan golongan belia mendapat akses bagi memiliki rumah pertama mereka.

“Skim ini sangat membantu golongan muda kerana mereka boleh mendapatkan pinjaman 100 peratus dengan jaminan pinjaman 10 peratus daripada pihak kerajaan,” kata beliau.

Mengenai penurunan harga lantai pemilikan warga asing dari RM1 juta kepada RM600,000 bagi hartanah kediaman pangsapuri dan kondominium, beliau menyambut baik memandangkan negeri Johor merupakan negeri yang paling tinggi memiliki hartanah tidak terjual di Malaysia.

“Pihak Pejabat Tanah & Galian Johor (PTG) sedang mengadakan bengkel yang melibatkan pelbagai agensi sebelum mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri tentang kajian harga lantai pemilikan asing ini,” kata beliau.

Sementara itu, dalam satu kenyataan bersama Pakatan Harapan Johor menyambut baik keputusan kerajaan untuk meneruskan Projek Laluan Sisten Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura .

“Kami yakin dan percaya, keputusan ini akan melegakan majoriti besar rakyat Johor yang bekerja di Singapura yang dianggarkan mencecah 300,000 orang setiap hari,” kata barisan pemimpin PH Johor dalam kenyataan itu.

Barisan pemimpin PH Johor itu terdiri daripada Pengerusi PH Johor dan juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.

PH Johor berkata bajet-bajet lain yang diumumkan dan melibatkan Johor telah membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap isu yang membelenggu rakyat negeri ini.

Peruntukan yang diumumkan termasuk RM42 juta melibatkan pembinaan Pusat Rawatan Kumbahan Sungai Segget dan RM95 juta pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan di Hospital Pontian.

-- BERNAMA


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel