BERITA

Belanjawan 2020 'luar biasa, belanjawan pilihan raya'



BERA, 13 Okt -- Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyifatkan Belanjawan 2020 yang dibentangkan beliau di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu, sebagai luar biasa kerana mendapat pujian sebagai 'belanjawan pilihan raya'. 

Lim berkata seorang pemimpin Pakatan Harapan ada bertemu dengannya selepas selesai pembentangan itu dan memberitahu peruntukan yang diberikan kali ini adalah sangat menyeluruh seperti yang biasanya diberikan pada tahun pilihan raya umum akan diadakan. 

"Saya menjawab bahawa kita perlu buat perubahan daripada kerajaan sebelum ini iaitu belanjawan kita ialah seperti belanjawan pilihan raya walaupun (tarikh) pilihan raya masih jauh.  Kita harap boleh buat begini setiap tahun.  

"Kita kena berusaha untuk buat perubahan yang telah kita janjikan kepada rakyat dan bagaimana susah sekalipun, kita kena berusaha. Setakat ini, banyak reaksi yang diterima yang pada keseluruhannya adalah positif," katanya. 

Lim berkata demikian semasa berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pahang di Pejabat DAP Triang di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah serta barisan kepimpinan parti. 

Beliau juga menyifatkan belanjawan itu sebagai menyeluruh kerana dibuat secara 'suci hati bagi membantu rakyat' menyebabkan pembangkang tidak dapat membalas pembentangan tersebut. 

"Jika kita menyaksikan pembentangan itu secara live, pembangkang begitu agresif pada peringkat awal namun bila saya sudah habis (membentangkan belanjawan) mereka semua sudah menghilangkan diri," katanya. 

Lim berkata belanjawan itu bukan sahaja bermatlamat meningkatkan ekonomi negara, tetapi juga untuk kebajikan rakyat seperti menyediakan peluang pekerjaan, kesejahteraan wanita, mementingkan aspek pendidikan dan institusi keagamaan. 

Sementara itu, Leong pada ucapannya mengakui terdapat beberapa kelemahan yang masih wujud selepas lebih setahun perubahan kerajaan berlaku, namun ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa termasuk dalam menunaikan manifesto pilihan raya. 

"Misi kita pada 2018 ialah menumbangkan kerajaan rasuah untuk menyelamatkan Malaysia dan kita berjaya. Sekarang masa untuk kita menampal lubang yang banyak dan ini mengambil masa. 

"Namun, sekurang-kurangnya kita tidak mengamalkan rasuah dan itu yang paling utama... kita kena bersih dalam hasrat kita membantu rakyat," katanya. 

-- BERNAMA 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel