BERITA

Belanjawan 2020 galak perniagaan beralih kepada ruang teknologi - MDEC

Surina Shukri

KUALA LUMPUR, 13 Okt -- Peruntukan menggalakkan untuk mengaplikasi pendigitalan dalam Belanjawan 2020, menunjukkan kerajaan secara aktif menggalakkan lebih banyak perniagaan tempatan bergerak segera ke dalam bidang teknologi, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Surina Shukri berkata peruntukan sebanyak RM70 juta untuk membina 14 Pusat Peningkatan Digital (DEC) setempat, akan mengukuhkan kedudukan negara sebagai hab teknologi dan digital di rantau ini kerana ia akan memudahkan akses kepada pembiayaan dan pembinaan keupayaan untuk perniagaan, khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"Menerusi Belanjawan itu, MDEC akan terus mengurus dan menambah baik Program Percepat Transformasi Digital (DTAP). Dilancarkan kira-kira setahun lepas, program ini menawarkan syarikat Malaysia pendekatan berstruktur kepada transformasi digital.

"Ini untuk membantu syarikat-syarikat pertengahan dan syarikat besar mencapai produktiviti yang lebih tinggi, mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing, dan mewujudkan sumber pertumbuhan atau model perniagaan baharu," katanya pada taklimat media Belanjawan  2020 di sini pada Sabtu.

Surina berkata rangkaian DEC, yang juga akan menyokong pengembangan program '100 Go Digital', akan memudahkan pembangunan kapasiti bagi PKS kerana mereka akan mendapat akses segera kepada khidmat nasihat, meningkakan latihan, dan pembiayaan langsung, termasuk geran.

Mengenai cadangan peruntukan RM20 juta untuk mewujudkan Ekosistem Kandungan Digital yang kondusif, inklusif dan berdaya saing, beliau berkata ekosistem kandungan digital Malaysia mewakili industri yang mempunyai potensi eksport yang luar biasa, dan sangat bergantung pada bakat dan kepintaran bakat negara yang terdapat dalam kalangan warga muda Malaysia.

"Industri kandungan digital merupakan sektor kritikal dalam Ekonomi Digital negara, yang telah melihat kejayaan besar hasil galakan daripada program dan dasar berterusan MDEC.

"Peruntukan sebanyak RM20 juta itu merupakan satu lagi peluang yang baik untuk semua rakyat Malaysia dan pencipta kandungan berbakat dari seluruh dunia untuk terus memanfaatkan kejayaan itu," katanya.

Beliau berkata langkah ini memperkukuh keyakinan bahawa negara mempunyai industri kandungan kreatif, dan dengan meningkatkan peluang untuk menyertai industri ini, Malaysia dapat dan akan meningkatkan usaha untuk meningkatkan daya saingnya dalam ruang ini dan mendorong negara menjadi destinasi pengeluaran kandungan digital.

"Ini juga akan menghantar isyarat penting kepada industri  kandungan digital serantau dan global bahawa Malaysia juga serius dan komited untuk membangunkan animasi, permainan, kesan visual dan platform kandungan digital bertaraf dunia," katanya.

Surina berkata ini juga akan terus memanfaatkan kedudukan kukuh Malaysia sebagai hab serantau bagi industri kandungan kreatif kerana ia terus menghasilkan harta intelektual bertaraf dunia dalam animasi dan permainan.

"Selain itu juga, kami mengharapkan e-sukan dapat menambah baik permainan menerusi tambahan RM20 juta yang diterimanya. Industri kreatif digital Malaysia kini menjadi kuasa besar serantau yang berpotensi untuk menjadi pemimpin global," katanya.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel