BERITA

Belanjawan 2020 sedia biaya mencukupi untuk bangun ekosistem inovasi nasional yang lebih kukuh - Ahli Akademik

Prof. Mahendhiran Nair

KUALA LUMPUR, 13 Okt -- Belanjawan 2020 bukan sahaja berhemat malah menyediakan pembiayaan yang mencukupi untuk membina ekosistem inovasi nasional yang lebih kukuh, kata ahli akademik.

Naib Presiden (Penyelidikan dan Pembangunan) Monash University Malaysia Prof. Mahendhiran Nair berkata belanjawan itu memperkasa firma dan rakyat untuk memperoleh sumber yang diperlukan untuk menjadi lebih cergas, responsif dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan kompetitif.

"Belanjawan 2020 merupakan belanjawan pertama yang menyediakan platform membangunkan negara untuk menjadi ekonomi maju menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam SPV2030 (Wawasan Kemakmuran Bersama 2030)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahendhiran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Monash Malaysia Research and Development, berkata insentif yang dicadangkan dalam belanjawan itu juga akan membolehkan firma Malaysia meningkatkan rantaian nilai inovasi global.

"Walaupun firma mungkin menyuarakan kebimbangan ekoran kenaikan gaji minimum, peruntukan yang mencukupi diberikan dalam belanjawan untuk mereka memperoleh daya saing kos menerusi penggunaan teknologi baharu dan mengguna skim insentif rakyat tempatan," katanya.

Selain itu, beliau berkata belanjawan itu juga memberi penekanan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dengan pelbagai insentif cukai dan program pemindahan tunai untuk B40, termasuk subsidi petroleum dan kadar tol yang lebih rendah.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel