KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Teras pendidikan dan latihan akan terus menjadi segmen utama perbelanjaan Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) menerusi peruntukan RM100 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 pada Jumaat lepas.
Ketua Pengarah MITRA, Mahalingam Maniam berkata pihaknya bercadang untuk mengagihkan sebahagian besar peruntukan itu bagi segmen berkenaan dalam usaha memperkasa pembangunan komuniti India.
"Inisiatif yang akan diteruskan termasuk bantuan wang pendahuluan secara one-off kepada anak-anak masyarakat India yang melanjutkan pelajaran ke peringkat institut pengajian tinggi (IPT).
"Selain pendidikan, segmen lain menjadi tumpuan MITRA adalah ekonomi dan karier, sosial dan kesejahteraan serta identiti dan keterangkuman," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Mahalingam berkata mengimbas belanjawan tahun lepas, hampir 80 peratus dana bagi 2019 disalurkan bagi semua program di bawah MITRA dan pihaknya terus memantau perkembangan hasil program berkenaan.
Jelasnya, belanjawan kali ini dilihat bersifat menyeluruh bukan sahaja bagi mengatasi masalah dihadapi masyarakat India, tetapi merangkumi keseluruhan rakyat untuk tempoh jangka panjang seperti menyelesaikan isu kadar pengangguran yang tinggi menerusi #GraduanKerja (Graduates@Work).
Pada pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan sekali lagi memperuntukkan geran sebanyak RM100 juta kepada unit di bawah Jabatan Perdana Menteri itu, bagi menambah baik sosioekonomi, kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan wanita serta pembangunan kemahiran masyarakat India.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata belanjawan itu turut memperuntukkan RM20 juta di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India TEKUN Nasional dan RM50 juta bagi pembangunan sekolah Tamil menerusi Kementerian Pendidikan.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel