KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Belanjawan 2020 telah memberikan sedikit harapan kepada pembeli rumah, pemaju perumahan dan pihak berkepentingan industri bagi perancangan pada masa depan, kata portal hartanah dalam talian PropertyGuru Malaysia.
Pengurus Negaranya Sheldon Fernandez berkata peruntukan khusus yang menyasarkan isu-isu seperti pemilikan rumah kali pertama dan lebihan kediaman tidak terjual, seperti lanjutan Kempen Pemilikan Rumah, adalah langkah penting yang amat diperlukandalam mengembalikan keyakinan terhadap rumah kos sederhana, serta sektor kediaman secara keseluruhannya.
"Sementara itu, peruntukan belanjawan bagi skim sewa untuk dimiliki, dan juga lanjutan Skim Perumahan Belia hingga ke tahun depan, dapat meringankan beban golongan B40 dan juga pembeli rumah golongan muda.
“Peruntukan dan pembaharuan yang memberi tumpuan kepada buruh, bersama-sama dengan perangsang makroekonomi akan meningkatkan keseluruhan pendapatan bagi rakyat Malaysia, menangani isu mampu milik secara keseluruhan.
“Bagaimanapun, ia adalah bersifat jangka panjang yang akan mengambil masa untuk memberi kesan kepada pembeli rumah,” katanya dalam satu kenyataan.
Tumpuan Belanjawan 2020 kepada pendidikan termasuk dana untuk menaik taraf sekolah sedia ada dengan sekolah baharu yang akan dibina di Langkawi, Kulai, Hulu Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang, dan Johor Bahru merupakan berita baik bagi hartanah di kawasan sekitarnya.
Begitu juga, Fernandez berkata peruntukan yang ditambah baik seperti elaun bagi membaiki dan membaik pulih perumahan awam strata kos rendah dan sederhana, dan juga Inisiatif Bandar Selamat, adalah faktor yang baik untuk hartanah secara keseluruhannya.
“Peruntukan dan kajian daya maju bagi Pulau Carey di Selangor dan Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana di Kedah akan menyediakan kesan pemangkin kepada aktiviti ekonomi di kawasan sekitar, tetapi kesannya ke atas hartanah dijangka perlahan berbanding projek mega seperti Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura,” kata Fernandez.
Beliau juga berkata peruntukan infrastruktur seperti diskaun dan penghapusan tol sepanjang lebuh raya PLUS, serta pengenalan bas elektrik di beberapa bandar raya dan subsidi petro, akan mempermudah dan menambah baik kesalinghubungan, dengan kesan sokongan kepada hartanah.
Bagaimanapun, penyenggaraan laluan mesti diutamakan agar dasar itu berkesan untuk tempoh yang panjang, tambahnya.
Peruntukkan sebanyak RM10 bilion bagi skim sewa untuk dimiliki kepada pembeli rumah kali pertama adalah langkah ke arah yang tepat, sebagai platform pembiayaan alternatif untuk membantu pembeli rumah dengan kos pendahuluan membeli hartanah.
Selain itu, katanya, lanjutan Skim Perumahan Belia sehingga 31 Dis, 2021 akan membantu pembeli golongan muda memiliki rumah pertama mereka, menangani demografik yang memerlukannya.
Mengenai perkara lain, beliau berkata langkah bagi mengurangkan ambang pemilikan asing daripada RM1 juta kepada RM600,000 adalah usaha sementara bagi menangani isu lebihan rumah tidak terjual di negara ini.
“Bagaimanapun, sentimen tempatan mestilah seimbang dengan faedah jangka pendek bagi mengurangkan lebihan penawaran, kerana campur tangan luar bukanlah penyelesaian yang ideal,” katanya.
Sementara itu, semakan semula tahun asas perolehan untuk Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) daripada 1 Jan, 2000 hingga 1 Jan, 2013, dijangka dapat mengurangkan kesannya ke atas sentimen di peringkat lebih tinggi dalam pasaran.
Bagaimanapun, beliau berkata penggunaan berterusannya akan menjadi kebimbangan kepada pelabur dan pihak berkepentingan yang lain dalam rantaian nilai hartanah.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel