KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengalu-alukan keputusan kerajaan memanjangkan manfaat Skim Caruman Insentif Suri (i-Suri) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) seperti yang dibentang dalam Belanjawan 2020.
Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata ia akan membolehkan Perkeso meluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan yang belum dilindungi dan memastikan mereka mendapat perlindungan minimum.
"Perkeso berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi fokus kepada keselamatan sosial rakyat dalam belanjawan itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat Jumaat lepas berkata kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Perkeso untuk memanjangkan manfaat i-Suri pada tahun hadapan.
i-Suri diperkenal pada 15 Ogos tahun lepas bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Lim juga berkata SKSPS turut akan diperluas bagi membolehkan 18 kumpulan yang bekerja sendiri seperti nelayan, petani, pemilik tunggal dan perkongsian mencarum dalam skim itu mulai tahun depan.
SKSPS diwujudkan pada Jun 2017 untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri dan sebagai permulaan skim itu diwajibkan ke atas pemandu teksi, e-hailing (perkhidmatan pengangkutan penumpang) dan pemandu bas.
Sementara itu, Mohammed Azman berkata Perkeso sedang bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 dengan memberi perlindungan sosial kepada mereka yang bekerja sendiri seperti golongan yang menggunakan platform ekonomi gig.
"Ini termasuk perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda, GrabFood, dan mungkin Gojek sekiranya perkhidmatan itu beroperasi di Malaysia.
“Oleh itu, Perkeso mengambil langkah yang perlu untuk merealisasikan hasrat kerajaan melebarkan jaringan keselamatan sosial kepada lebih ramai rakyat di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel