BERITA

Key Communicators KKMM perlu proaktif beri penerangan isu semasa kepada rakyat



PUTRAJAYA, 15 Okt -- Komunikator utama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu lebih proaktif memberi penerangan, penjelasan dan kefahaman, kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa, bagi mengelakkan salah faham mengenai program atau dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Shakib Ahmad Shakir berkata usaha itu bukan sahaja boleh dilakukan melalui media sosial, malah juga secara bersemuka dengan rakyat bagi memastikan penyampaian lebih berkesan.

"Paling berkesan perbualan secara bersemuka dalam suasana elok, konteks yang bersesuaian, dan dengan bahan yang sesuai, agar mesej itu dapat disampaikan dengan jelas kepada rakyat.

"Komunikator utama ini perlu meletakkan diri mereka sebagai seorang rakyat dan melihat apa yang rakyat ingin tahu, selanjutnya tentang faedah yang bakal mereka nikmati secara peribadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat khas Belanjawan 2020 dan Isu-isu Semasa, di sini hari ini.

Shakib berkata sesi taklimat itu adalah satu daripada usaha KKMM, untuk melengkapkan komunikator utama kementerian, dengan maklumat-maklumat mengenai isu semasa dalam negara untuk disampaikan kepada rakyat.

Taklimat khas Belanjawan 2020 disampaikan Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Johan Mahmood Merican.

Taklimat hari ini turut melibatkan topik pengurusan bencana oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma); Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) oleh Kementerian Dalam Negeri dan program subsidi petrol oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel