KLANG, 15 Okt -- Kementerian Industri Utama akan menggunakan sebaiknya peruntukan RM27 juta dalam Belanjawan 2020 bagi memperluas kempen 'Sayangi Sawitku', sekali gus menangani persepsi negatif terhadap industri kelapa sawit negara.
Menterinya Teresa Kok Suh Sim berkata usaha itu perlu dipergiatkan supaya dapat menstabilkan harga sawit serta memperluaskan lagi pasaran minyak sawit di dalam dan luar negara.
"Kita memang ada peruntukan RM27 juta khas untuk publisiti dan kempen bagi mempromosikan minyak sawit kita.
"Kita akan menggunakan peruntukan ini bagi tujuan promosi minyak sawit Malaysia, selain memerangi kempen anti sawit oleh NGO (pertubuhan bukan kerajaan) di luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Palm Oil Experience Centre (POEC) di ladang Sime Darby Plantation Berhad di Pulau Carey, dekat sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation Berhad Mohamad Helmy Othman Basha.
POEC merupakan pusat sehenti untuk pendidikan dan kesedaran mengenai sawit.
Dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas, kerajaan memperuntukkan RM27 juta untuk menyokong usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam meluaskan pasaran minyak sawit di peringkat antarabangsa dan menangani Kempen Anti Minyak Sawit.
Mengulas lanjut, Kok berkata kementerian akan mengadakan kempen dan publisiti secara menyeluruh menggunakan pelbagai pendekatan termasuk turun padang selain mendidik masyarakat tentang kebaikan sawit.
Sementara itu, mengulas mengenai POEC, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan supaya turut bekerjasama mempromosikan pusat itu dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Beliau berkata menerusi langkah itu ia akan mendedahkan pelancong tempatan dan luar negara terhadap industri sawit Malaysia.
"Diharapkan mereka akan lebih menghargai dan memahami kelapa sawit sebagai tanaman berharga untuk dunia dan menyedari kesan sosio ekonomi industri itu terhadap rakyat Malaysia dan ramai lagi di seluruh dunia," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel