KOTA BHARU, 15 Okt -- Kerajaan Negeri kecewa kerana tiada peruntukan khusus bagi lima projek utama yang diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Mac lepas, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata, lima projek utama berkenaan berkemungkinan terjejas kerana tiada peruntukan khusus bagi menggerakkannya.
"Kalau tak ada peruntukan untuk tahun hadapan macam mana projek nak bergerak. Tender (pembesaran) Lapangan Terbang (Sultan Ismail Petra) dah keluar tapi kalau peruntukan tak ada macam mana (nak dijalankan).
"Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah keperluan mendesak dan kita kecewa kerana dari segi prosedur, lima projek utama ini tidak akan berjalan kerana tiada peruntukan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Mac lepas, Mohamed Azmin dilaporkan berkata Kelantan bakal mendapat limpahan pembangunan apabila lima projek utama akan diberi keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan dalam tempoh terdekat.
Beliau dipetik sebagai berkata, lima projek tersebut adalah Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, laluan baharu antara Pasir Puteh-Machang-Jeli, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dan Jambatan Palekbang-Kota Bharu.
Mengulas mengenai perletakkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Mohd Amar berkata Kerajaan Negeri masih memerlukan kritikan daripada semua pihak terutama wakil rakyatnya.
"Kerajaan ini walaupun dasarnya betul tapi sebagai manusia kita tetap ada buat salah, sebab itu peranan pengkritik ini penting. Dari segi undang-undang Barisan Nasional (BN) masih lagi pembangkang cuma mereka pembangkang mesra kerajaan.
"Kritikan boleh dibuat tapi dengan cara munasabah walaupun dah sokong kerajaan. Kaedah kritikan itu perlu diselaras sebab itu kita buka perbahasan untuk Belanjawan Kelantan 2020 ini," katanya.
Md Alwi dilapor meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang DUN Kelantan berkuatkuasa hari ini ketika membahaskan Belanjawan Kelantan 2020 yang berlangsung di Kompleks Kota Darul Naim di sini.
Persidangan DUN Kelantan yang bermula semalam dan dijangka berakhir esok mempunyai 37 ADUN PAS, tujuh ADUN BN dan seorang ADUN Pakatan Harapan (PH).
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel