CYBERJAYA, 16 Okt -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melihat Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesalinghubungan di seluruh negara dalam mempersiapkan Malaysia ke arah transformasi digital.
Pengerusi MCMC Al-Ishsal Ishak dalam kenyataan hari ini berkata suruhanjaya itu juga menyambut baik komitmen kerajaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi menerusi transformasi digital.
"MCMC juga menyedari akan kepentingan untuk memacu pertumbuhan yang mampan dan saksama. Keseimbangan adalah penting kerana kesalinghubungan digital mampu untuk menggalakkan pertumbuhan di seluruh negara dan menyediakan tenaga kerja dengan kemahiran yang tepat untuk masa hadapan,” katanya.
Al-Ishsal berkata, sebagai sebuah badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia, MCMC akan terus menerajui pembangunan infrastruktur digital negara melalui Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bagi memastikan sektor perniagaan dan rakyat akan meraih manfaat daripada ekonomi digital ketika negara melangkah ke era 5G dan Revolusi Industri 4.0 (Industri 4.0).
Usaha itu juga, katanya, adalah sejajar dengan visi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebagai hab Industri 4.0 di rantau Asia Tenggara demi mengembalikan status Malaysia sebagai Harimau Asia.
MCMC juga mengalu-alukan pelbagai insentif yang diberikan dengan harapan ia dapat memacu pembangunan ekosistem dan aplikasi 5G yang memperkasakan visi kerajaan untuk mewujudkan penggunaan aplikasi 5G berdaya maju yang akan mentransformasikan pelbagai industri dan memberi impak positif kepada taraf hidup rakyat di negara ini.
"Perkembangan tersebut adalah selari dengan matlamat MCMC untuk mengkomersialkan beberapa kes kegunaan 5G bermula suku ketiga 2020," katanya.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 mengumumkan bahawa kerajaan akan membangunkan infrastruktur diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia melalui pelaksanaan NFCP sepanjang tempoh lima tahun.
Lim berkata NFCP akan menyediakan liputan berkelajuan tinggi komprehensif dan jaringan digital yang berkualiti di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar yang melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM21.6 bilion melalui kerjasama awam swasta.
Selain itu, sebanyak RM210 juta juga diperuntukkan bagi mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi seperti taman perindustrian.
--BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel