KUALA LUMPUR, 17 Okt -- VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) memuji pembentukan Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) di bawah Belanjawan 2020 yang dilihat, akan mengurangkan tempoh kelulusan pelaburan.
Pengarah Urusan Dr Norida Abd Rahman berkata, langkah ini juga amat bersesuaian dalam pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan serta akan melonjakkan pelaburan yang diluluskan pada masa akan datang.
Ia juga akan menggalakkan automasi serta peningkatan produktiviti syarikat melalui geran, insentif cukai dan gaji yang akan memudahkan usaha negara ke arah mencapai taraf berpendapatan tinggi.
"Adalah amat penting untuk sesebuah syarikat menerima pakai automasi bagi kekal relevan dan terlibat dalam aktiviti bernilai tinggi sambil menjana pekerjaan berkualiti yang akan meningkatkan produktiviti negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Norida menambah inisiatif di bawah belanjawan itu akan membantu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik melalui pakej insentif pelaburan khas bernilai RM1 billion untuk menarik syarikat-syarikat Fortune 500 dan terkemuka global dalam sektor ekonomi, teknologi, pembuatan dan kreatif.
Beliau berkata pada masa yang sama, pakej insentif pelaburan bernilai sehingga RM1 bilion yang disasarkan kepada perniagaan Malaysia yang mampu menembusi pasaran eksport global akan merangsang mereka untuk membuktikan keupayaan dalam mengembang dan menakluki pasaran global.
VentureTECH merupakan sebuah syarikat pelaburan yang diperbadankan sebagai sebuah syarikat subsidiari milik penuh Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel