BERITA

Cagamas muktamadkan gabungan terbitan RM800 juta sebelum pengumuman Belanjawan 2020



KUALA LUMPUR,18 Okt -- Cagamas Bhd hari ini mengumumkan terbitan Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) pelbagai tempoh RM500 juta, RM100 juta Nota Jangka Sederhana Konvensional (CMTN) pelbagai tempoh dan RM200 juta Kertas Komersial Konvensional (CCP) tiga bulan.

Terbitan itu merupakan terbitan ke-19 dan 20 bagi tahun itu yang mana hasilnya akan digunakan untuk membiayai pembelian gadai janji dan pembiayaan perumahan Islam daripada sistem kewangan.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Chung Chee Leong berkata harga IMTN dan CMTN itu dimuktamadkan sehari sebelum pembentangan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas.

“IMTN dan CMTN berjaya membuat penetapan harga dalam keadaan pasaran yang lemah berikutan pelabur memilih pendekatan tunggu dan lihat menjelang pembentangan belanjawan.

“Ini dibuktikan dengan minat rendah yang diraih daripada pembukaan semula tender Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun pada 9 Okt yang ditetapkan pada harga menghampiri nisbah bidaan kepada terbitan (BTC) 1.233 kali,” katanya.

Chung berkata harga IMTN dan CMTN itu diterima baik para pelabur, khususnya bagi IMTN tiga tahun yang menerima sambutan menggalakkan dengan nisbah BTC 2.9 kali.

Ini membolehkan Cagamas menetapkan harga IMTN tersebut pada harga rujukan terendah antara 3.45 peratus dan 3.50 peratus.

Syarikat itu juga berjaya memuktamadkan harga akhir lebih awal daripada nota setara yang diberikan penarafan ‘AAA’ yang turut memanfaatkan pasaran pada hari yang sama.

Ia juga berjaya memperolehi harga kompetitif CCP tiga bulan yang dirujuk pada lima mata asas di bawah Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur tiga bulan.

Pemuktamadan itu menjadikan terbitan Cagamas setakat ini bagi 2019 adalah bernilai RM6.7 bilion.

Kertas itu, yang akan ditebus pada nilai nominal penuh mereka pada masa matang, adalah obligasi tidak bercagar syarikat, kedudukan setara antara mereka dan dengan semua obligasi tidak bercagar sedia ada yang lain.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel