KUALA LUMPUR, 18 Okt -- Kerajaan perlu menimbang menyediakan insentif dan pengecualian cukai bagi pemain tempatan dalam sektor dalam talian dan digital untuk mewujudkan persekitaran perniagaan lebih kompetitif dan kondusif.
Ketua Pegawai Eksekutif AIMS Data Centre Sdn Bhd (AIMS) Chiew Kok Hin berkata meskipun Belanjawan 2020 menunjukkan prospek yang baik bagi pembangunan prasarana digital, masih ada ruang untuk Malaysia berkembang menjadi sebuah negara digital yang lebih mampan dan makmur.
Beliau berkata kerajaan membina asas yang betul bagi Digital Malaysia susulan pengumuman baru-baru ini ke arah melaksanakan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan menggalakkan lebih banyak projek perintis aplikasi digital menggunakan gentian optik dan prasarana 5G.
“Kerajaan menumpukan kepada insentif bagi perusahaan kecil dan sederhana dan aplikasi digital baharu seperti blockchain dan teknologi yang sama yang memanfaatkan pelaburan Malaysia dalam gentian optik dan prasarana 5G, tetapi kekurangan insentif bagi satu daripada prasarana teras yang menyokong pembangunan Digital Malaysia, iaitu pusat data.
“Pusat data bukan hanya sekadar asas kepada pembangunan aplikasi awan dan digital, ia juga berfungsi sebagai elemen penting dalam menarik pelaburan langsung asing ke negara ini bagi membolehkan pewujudan pekerjaan dan pindahan pengetahuan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng, semasa membentangkan Belanjawan 2020 Jumaat minggu lepas berkata kerajaan akan membangunkan prasarana yang diperlukan untuk membentuk Digital Malaysia menerusi pelaksanaan NFCP dalam tempoh lima tahun.
Beliau juga mengumumkan peruntukan RM210 juta untuk mempercepatkan penggunaan prasarana digital bagi bangunan awam, terutamanya sekolah dan kawasan berimpak tinggi seperti taman perindustrian.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel