BERITA

HRDF ke arah lahirkan tenaga kerja kompeten



KUALA LUMPUR, 18 Okt  -- Peruntukan RM50 juta kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 akan memperkasakannya untuk meneruskan mandat sebagai pemangkin pembangunan tenaga kerja tempatan yang kompeten.

Dalam satu kenyataan, pengerusi HRDF Datuk Noor Farida Mohd Ariffin berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini, HRDF berada di barisan hadapan untuk memupuk bakat Malaysia menerusi program pembangunan kemahiran dan pembinaan kapasiti.

Beliau berkata ini memacu kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), meningkatkan pendapatan kumpulan B40 dan menyediakan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia untuk mendepani Revolusi Industri Keempat (IR4.0).

"Ini sejajar dengan misi Kementerian Sumber Manusia, yang HRDF beroperasi," katanya.

Melalui anggaran peruntukan RM30 juta untuk TVET, HRDF bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini yang kini berada pada tahap 3.3 peratus.

"Kami akan terus bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, pemain industri dan majikan untuk menyediakan program latihan TVET untuk pengambilan 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah," katanya.

Di bawah inisiatif ini, belia B40 yang disasarkan akan dilatih dalam kursus dengan kadar pekerjaan yang cepat seperti eskalator dan perkhidmatan lif dan penyelenggaraan; operasi pengemasan; operasi runcit; latihan pemandu dan program pensijilan komersil; dan sijil profesional dalam operasi logistik dan rantaian bekalan.

Di bawah inisiatif ini, belia B40 yang disasarkan akan dilatih dalam kursus dengan kadar kebolehgajian yang cepat seperti perkhidmatan dan penyelenggaraan lif dan eskalator; operasi runcit; latihan pemandu dan program pensijilan komersil; dan sijil profesional dalam operasi logistik dan rantaian bekalan.

-- BERNAMA 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2024 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel