BERITA

Belanjawan 2021: Guru, ibu bapa harap peruntukan besar untuk PnP dalam talian



KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Menjelang pembentangan Belanjawan 2021, persatuan guru dan ibu bapa berharap agar peruntukan besar terus diberikan dalam bidang pendidikan, khususnya dalam aspek kemudahan akses internet dan penyediaan peranti elektronik, bagi menjayakan konsep ‘pembelajaran di rumah’.

Ia selaras dengan norma baharu ketika ini susulan penularan COVID-19, yang turut membuka mata banyak pihak bahawa Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) secara dalam talian masih belum mencapai tahap memuaskan, lebih-lebih lagi dalam aspek kemudahan internet dan peranti telekomunikasi dan gajet elektronik.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Amiruddin Awang berkata, ini memadangkan kebanyakan masalah utama ketika menjalankan PnP secara maya ketika ini, adalah dari aspek internet dan peranti elektronik, terutamanya dalam kalangan guru dan pelajar luar bandar dan pedalaman.

“Negara-negara maju kurang masalah jalankan PnP secara dalam talian, kerana murid ada kemudahan yang disediakan, talian internet mereka laju, ada gajet. Walaupun sekolah ditutup mereka tidak ada masalah jalankan PnP secara maya,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

Amiruddin berkata, kerajaan mungkin boleh memberikan rebat  bagi membolehkan guru-guru dan pelajar membeli peralatan elektronik seperti  komputer peribadi dan telefon bimbit, memandangkan masih ramai daripada mereka yang tidak mempunyai kemudahan tersebut.

Selain penyediaan kemudahan telekomunikasi dan internet secara menyeluruh, Amiruddin berkata para guru dan pelajar juga mungkin boleh diberikan harga istimewa bagi langganan internet, sama ada untuk kegunaan di rumah dan menerusi telefon bimbit.

“Kita perlu menerima hakikat bahawa COVID-19 'hidup' bersama kita, maka mod PnP juga perlu berubah dan ini sudah tentu memerlukan perubahan norma PnP secara beransur-ansur,” katanya.

Senada dengan beliau ialah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan, yang meminta kerajaan agar memberikan tumpuan kepada penaiktarafan infrastrukur pendidikan, bagi membantu melancarkan proses PnP secara dalam talian.

“Skim bantuan bagi membeli peralatan dan aksesori PnP secara dalam talian perlu diwujudkan, bagi terutamanya bagi membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk membeli gajet elektronik,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Mohd Ali berkata para guru juga perlu diberikan latihan dan kursus bagi mengendalikan PnP secara dalam talian, memandangkan konteks pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Dalam mendepani wabak COVID-19, Mohd Ali turut mencadangkan agar kerajaan memberikan peruntukan khas untuk pemeriksaan kesihatan pada guru dan murid, selain peruntukan bagi peralatan pakej asas kepada pematuhan prosedur operasi standard di setiap sekolah.

Ia termasuklah pembelian cecair pembasmi kuman, pelitup muka dan sanitasi berkala. 

-- BERNAMA

 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel