KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Kementerian Pertahanan memerlukan peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2021 terutamanya untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan tentera serta perumahan anggota.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kementeriannya juga memerlukan pertambahan aset baharu termasuk mensasarkan penambahan 19 pos kawalan tentera bagi memperkukuhkan lagi Ops Benteng di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.
"Kementerian melihat kesiapsiagaan mendapatkan aset baharu untuk Ops Benteng sangat diperlukan sekarang ini.
"Kita bukan sahaja menggerakkan anggota, tetapi aset juga perlu ditambah terutamanya di Pantai Timur Sabah, kita juga bercadang membina kem tentera di Lahad Datu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat harian mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata ketika ini terdapat 17 pos kawalan di sempadan negara di Sabah dan Sarawak.
Katanya beliau melihat pertambahan pos kawalan sangat penting bagi menangani isu pendatang tanpa izin yang tidak pernah selesai.
Ismail Sabri berkata peruntukan itu juga diperlukan bagi menyelesaikan projek perumahan yang melibatkan puluhan ribu anggota tentera termasuk pesara.
"Kita belum tahu dari segi jumlah bajet yang akan diluluskan… walaupun tidak menghadapi perang tetapi kesiapsiagaan itu mesti sentiasa tinggi," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel