BERITA

Belanjawan 2021: KPT harap program kebolehpasaran siswazah dapat dilaksanakan lebih menyeluruh

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

MELAKA, 31 Okt -- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berharap lebih banyak program berkaitan kebolehpasaran siswazah universiti awam dapat dilaksanakan melalui Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata program tersebut penting bagi memastikan kadar kebolehpasaran lulusan universiti awam (UA) di negara ini berada  pada tahap yang tinggi sekali gus menjadi rebutan majikan atau pihak industri.

"Kita berharap pelbagai program yang dicadangkan KPT kepada Kementerian Kewangan berkaitan kebolehpasaran graduan dapat diterima dan dilaksanakan menerusi Belanjawan 2021.

"Ia juga diharap dapat memberi manfaat kepada generasi muda terutama mereka yang sedang belajar di UA dan swasta di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka ​​​​​​sempena sambutan Hari Lahir Ke-71 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri di sini, hari ini.

Pada istiadat berkenaan, Noraini dan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, masing-masing menerima Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri.

Dalam pada itu, Noraini berkata penganjuran program melibatkan univerisiti awam di negara ini pada masa depan akan mengambil kira pemegang taruh yang terdiri daripada pensyarah, kakitangan, pelajar dan ibu bapa bagi memastikan ia mencapai sasaran atau objektif yang ditetapkan.

-- BERNAMA     

 




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel