BERITA

Belanjawan 2021: Industri pembinaan diharap jadi teras pemulihan ekonomi



KUALA LUMPUR, 31 Okt --  Kementerian Kerja Raya berharap industri pembinaan akan terus kekal diberikan perhatian dan menjadi teras kerajaan dalam pemulihan ekonomi dalam pembentangan Belanjawan 2021, meskipun negara kini berdepan dengan pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata projek-projek pembinaan utama seperti Mass Rapid Transit Line 3 (MRT3), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Pan Borneo serta beberapa projek lebuh raya perlu berjalan lancar dan berperanan sebagai pemangkin pertumbuhan positif bagi industri sektor pembinaan.

Beliau juga berharap Belanjawan 2021 dapat mempertimbangkan permintaan projek-projek berkeutamaan tinggi tertentu oleh kementerian, antaranya ialah baki bagi pakej projek Central Spine Road (CSR) dan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai yang masih belum diluluskan, iaitu laluan antara Kuala Krai ke Gua Musang serta jajaran menghubungkan Bentong ke Karak. 

“Sementara di Malaysia Timur, antara projek berkeutamaan tinggi yang terlibat ialah laluan 'missing link' menghubungkan Kuala Baram di Miri dengan sempadan negara Brunei Darussalam di Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh sepanjang hampir lima kilometer,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadillah berkata kementerian juga telah memohon sekurang-kurangnya 20 projek baharu di seluruh negara merangkumi projek menaik taraf jalan sedia ada kepada laluan empat lorong dua hala dan pembinaan jalan-jalan baharu.

Selain itu, Fadillah berharap peruntukan yang signifikan dapat disediakan untuk projek-projek kecil  sebagai sebahagian pakej rangsangan ekonomi 2021 seperti senggara jalan, cerun, bangunan dan kuarters kerajaan.

Beliau berkata Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga perlu diberikan peruntukan bagi menggiatkan lagi penggunaan teknologi dalam industri pembinaan termasuk robotik, automasi dan realiti maya.

“Melalui Belanjawan 2021, kementerian juga berharap dapat mengukuhkan lagi penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS), Model Maklumat Bangunan (BIM) dan Pelan prakelulusan (PAP) dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan dan swasta iaitu memenuhi aspirasi yang telah digariskan dalam Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 dan Dasar Pembinaan Kebangsaan (NCP) 2030 yang bakal dilancarkan nanti,” katanya.

-- BERNAMA




BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel