BERITA

Belanjawan 2021: Petunjuk pemulihan ekonomi diperlukan untuk kukuhkan ringgit



Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Belanjawan 2021 dijangka akan menjadi belanjawan yang paling mencabar dalam persekitaran ketidaktentuan, lebih banyak petunjuk pemulihan ekonomi lebih jelas diperlukan bagi mengukuhkan ringgit.

Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Izuan Ahmad berkata pengukuhan ringgit akan bergantung pada faktor kejayaan sebenar berkaitan dengan pembendungan pandemik COVID-19.

"Ketika ini, sukar untuk menilai potensi momentum kenaikan ringgit, walaupun dapat menjadi lebih jelas apabila data dan angka ekonomi terbaharu diterbitkan, sebahagian besarnya dijangka akan berada dalam kedudukan yang lebih baik susulan Malaysia kini sedang dalam proses pemulihan ekonominya,” katanya kepada Bernama. 

Beliau berkata ringgit yang lemah berbanding dolar US akan meningkatkan sektor eksport Malaysia dan ia pasti memberi manfaat kepada penggiat dalam industri seperti pengeluar sarung tangan getah yang juga memacu meningkatkan permintaan di peringkat global kerana pandemik tersebut.

Selain itu, ia akan memberi kesan sebaliknya kepada mereka yang bergantung pada bahan atau bahagian yang diimport.

"Justeru, Belanjawan 2021 yang akan menyediakan langkah-langkah bagi mengatasinya akan bertindak dalam dua cara dalam persekitaran keadaan ekonomi dan kewangan yang tidak menentu tetapi bergantung kepada momentum kenaikan atau penurunan mata wang tempatan.  

"Untuk tempoh baki tahun 2020, prestasi perdagangan luar akan terus berada dalam kedudukan mencabar kerana pandemik COVID-19 di seluruh dunia," katanya.

Walaupun terdapat beberapa kes pemulihan di seluruh dunia, Izuan berkata masih ada risiko penurunan baharu berikutan kes baharu di kebanyakan negara, antaranya adalah rakan dagang penting bagi Malaysia, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan China.

Sehubungan itu, permintaan yang berkurangan dapat mempengaruhi prestasi perdagangan luar negara secara keseluruhan menjelang akhir tahun, banyak firma penyelidikan menunjurkan kemerosotan dalam prestasi eksport.

Secara keseluruhan, Belanjawan 2021 dijangka akan menjadi belanjawan paling mencabar sejak beberapa tahun lepas kerana sukar untuk kerajaan menghasilkan belanjawan yang sempurna dalam persekitaran yang tidak menentu dan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik, katanya.

"Sehubungan itu, langkah-langkah diperkenalkan pada Belanjawan 2021 akan tertumpu kepada kesejahteraan rakyat dan segmen yang terkesan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Belanjawan Malaysia 2021 akan dibentangkan pada hari Jumaat ini (6 November) selepas ditangguhkan daripada tarikh asal yang ditetapkan pada 2 Oktober.

Ringgit melonjak kepada 4.13 berbanding dolar US pada 15 September, paras tertinggi dicatatkan dalam tempoh tujuh bulan.

Setakat ini, unit tempatan bergerak sekitar 4.14 hingga 4.16 berbanding dolar US dalam persekitaran ketidaktentuan menjelang pilihan raya Amerika Syarikat pada 3 November ini.

Pada bulan September, lebihan dagangan Malaysia meningkat 149.3 peratus tahun ke tahun kepada RM21.97 bilion, lebihan dagangan tertinggi direkodkan bagi bulan tersebut.

Jumlah perdagangan berkembang 5.5 peratus kepada RM155.88 bilion pada bulan tersebut berbanding September 2019 dengan eksport melonjak dengan pertumbuhan dua digit 13.6 peratus kepada RM88.93 bilion, manakala import menurun 3.6 peratus kepada RM66.96 bilion .

Bagi suku ketiga 2020, imbangan lebihan perdagangan meningkat kepada RM60.4 bilion daripada RM27.6 bilion pada suku kedua, mewakili pertumbuhan 68.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel