BERITA

Peniaga kecil harap Belanjawan 2021 bantu rancakkan kembali sektor pelancongan



MELAKA, 1 Nov -- Saban hari, tepat pukul 9 pagi, menjadi rutin Farah Ashaari, 29, memulakan perniagaan gerai makanan di perkarangan Taming Sari, Banda Hilir di sini, yang merupakan kawasan terkenal dengan aktiviti pelancongan, di bandar raya bersejarah ini.

Namun, sejak September lepas, kehadiran pelancong di gerainya berkurangan berikutan peningkatan kes positif COVID-19 selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang, Putrajaya dan Selangor, yang menjadi antara penyumbang terbesar pelancong ke negeri ini.

Menurutnya, sebelum ini kedainya meriah dengan kunjungan pengunjung dari serata tanah air sejak aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun kini, kedainya yang dibuka hampir setiap hari hanya sekadar menjadi ‘penghias’ di kawasan pelancongan tersebut.

Menjelang pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat ini, Farah berharap sektor pelancongan akan diberi perhatian terutama, pemain industri dan peniaga kecil seperti beliau yang terkesan daripada segi pendapatan akibat kesuraman aktiviti pelancongan.

"Harapan kami, kerajaan dapat mengambil langkah sewajarnya dengan insiatif-inisiatif baharu untuk merancakkan kembali sektor pelancongan yang menjadi aktiviti utama ekonomi di sini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi peniaga kraftangan, Muhammad Ridzuan Khairudzin, 27, perniagaannya di Pahlawan Walk turut terkesan dan dakwa beliau, adakalanya untuk mendapat  hasil jualan RM50 sehari juga sukar kerana kekurangan pelancong.

Katanya, suasana itu amat berbeza pada pertengahan Julai lepas, semasa kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri yang menyaksikan peningkatan mendadak jumlah pengunjung dari seluruh pelosok negara namun ia bagaikan berubah sekelip mata sejak peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan PKPB, baru-baru ini.

"Saya berharap kerajaan dapat mencari penyelesaian terutamanya untuk membendung penularan wabak ini dengan baik bagi memastikan kes-kes terkawal agar aktivti ekonomi dapat berjalan seperti biasa," katanya.

Berkongsi pendapat sama, pengayuh beca, Mohammad Sabree Ozainee, 45, berharap dalam pembentangan Belanjawan 2021 ini, kerajaan dapat memberi bantuan kewangan atau seumpamanya bagi membantu golongan B40 yang bekerja sendiri seperti dirinya.

"Kami berharap industri pelancongan di negeri ini dapat bertahan dalam tempoh sukar ini sekali gus dapat membantu pengayuh-pengayuh beca menghadapi keadaan ini dengan lebih baik pada masa depan," katanya.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel