BERITA

Belanjawan 2021: Rundingan PH, Tengku Zafrul berjalan baik



PUTRAJAYA, 1 Nov -- Sesi rundingan pemimpin Pakatan Harapan (PH) bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Belanjawan 2021 di Kementerian Kewangan di sini hari ini berjalan dalam suasana yang baik dan berterus-terang.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata rundingan itu dilaksanakan dengan niat yang baik demi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 Nov ini.

"Penting bagi kerajaan dan pembangkang bersama untuk menghasilkan belanjawan yang khusus untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi dan bertahan dalam kegawatan COVID-19," katanya kepada pemberita selepas rundingan itu.

Turut serta dalam pertemuan kira-kira dua jam itu ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta sembilan lagi wakil PH.

Saifuddin Nasution berkata PH mengetengahkan enam cadangan utama kepada Tengku Zafrul untuk dipertimbangkan antaranya meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan bagi menangani COVID-19 dan penyakit tidak berjangkit (NCD) dan pelanjutan moratorium sehingga 31 Mac 2021.

Turut dicadangkan ialah langkah memperkasakan perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko serta penganggur dengan meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 selain meneruskan subsidi upah sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan.

Beliau berkata PH turut mengesyorkan peningkatan perbelanjaan pendidikan serta menyediakan perbelanjaan pembangunan untuk projek berkaitan pelan gentian optik dan kesalinghubungan selain menaik taraf insfrastruktur air Selangor, Kelantan dan Pahang.

"Kami berharap cadangan ini dapat diterima dan dimasukkan oleh Menteri Kewangan ke dalam Belanjawan 2021. Kami menunggu langkah dan respons berikutnya daripada kerajaan dalam proses rundingan ini," katanya.

Lim pula berkata Belanjawan 2021 amat bersejarah dan kritikal untuk merangka masa depan ekonomi negara sama ada boleh diselamatkan atau tidak. 

"Oleh itu, harus tambah perbelanjaan, kalau sumber wang tidak cukup harus pinjam, tidak ada pilihan lain kerana keadaan ekonomi begitu teruk," katanya.

Mohamad pula berkata Belanjawan 2021 harus dilaksanakan dengan berkesan supaya dapat mencapai matlamatnya selain mengelak ketirisan.

Terdahulu, Tengku Zafrul turut mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil parti politik UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengenai Belanjawan 2021.

-- BERNAMA

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel