KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Rata-rata golongan muda terutama siswazah berharap kerajaan dapat menyediakan peluang pekerjaan yang bersesuaian selain pendapatan yang setimpal dengan kelayakan mereka dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangakan, Jumaat depan.
Menyedari peluang pekerjaan yang terhad ketika penularan COVID-19 ini, siswazah yang kini dibelenggu isu pengangguran masih mengharapkan kerajaan dapat membantu mereka memperoleh sumber pendapatan tetap bagi meneruskan kehidupan.
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Ahmad Muzahied Mahadi, 23, berkata kerajaan perlu berusaha menawarkan peluang sama rata kepada siswazah untuk meningkatkan kemahiran mereka untuk dipadankan dengan pekerjaan yang ditawarkan.
Anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan, yang kini bekerja sebagai pereka grafik di sebuah syarikat swasta di Ampang itu percaya melalui kemahiran baharu itu, mereka boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang berbeza dengan kelayakan diperoleh mereka.
“Kini anak muda tidak ada lagi alasan untuk memilih pekerjaan kerana kemahiran yang mereka peroleh boleh digunakan sebaiknya untuk pekerjaan baharu mahupun menggunakan kemahiran itu untuk membuka keusahawanan sendiri,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) UniSZA, Engku Mohammad Fadhli Engku Fauzi, 24, mahu kerajaan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di luar bandar bagi memastikan anak muda tidak berhijrah secara beramai-ramai ke kota hanya kerana ingin mendapatkan pekerjaan idaman dan memperoleh pendapatan.
Engku Mohammad Fadhli yang belum mendapat pekerjaan berkata langkah ini dapat membantu anak muda menyumbang kembali kepada pembangunan kampung halaman mereka sekali gus merancakkan ekonomi penduduk setempat.
“Saya rasa peluang di luar bandar lebih kepada bidang keusahawanan dan pertanian dan sekiranya ini dapat dilaksanakan, golongan muda dapat berkhidmat dan berbakti semula di negeri kelahiran mereka,” katanya.
Bagi lulusan Diploma Komunikasi dan Media Universiti Teknologi MARA (UiTM) Noor Izzati Mohd Idris, 23, pula beliau berharap usia persaraan tidak dinaikkan bagi memberi peluang golongan muda mendapat pekerjaan terutama sektor awam, selain menyumbang tenaga baharu dalam sektor berkenaan.
Pendekatan ini, katanya dapat memberi pengalaman awal kepada golongan muda untuk berdepan cabaran pekerjaan sekali gus membantu menawarkan idea baharu dan berkesan dalam pembangunan negara.
Seorang lagi lulusan Diploma Komunikasi dan Media UiTM Wan Nurnisha Wan Adnan, 22, pula mahu kerajaan menyediakan pekerjaan dalam bidang digital dan atau ekonomi gig sebagai platform baharu sumber pendapatan utama mahupun sampingan untuk belia.
Beliau yang bekerja sebagai guru tadika sambilan berkata bidang itu juga dapat meningkatkan kemahiran belia dalam teknologi digital dan membantu pertumbuhan ekonomi negara.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel