KOTA BHARU, 2 Nov -- Kerajaan Kelantan berharap peruntukan bagi lima projek pembangunan utama di negeri itu diteruskan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 Nov ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata projek berkenaan adalah projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3), pembesaran dan naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, laluan baharu antara Pasir Puteh-Machang-Jeli, Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dan Jambatan Palekbang-Kota Bharu.
"Memandangkan lima projek ini telah diumumkan (Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tahun lepas, maka kerajaan negeri berharap ia dapat diteruskan tanpa sebarang penangguhan, manakala perkara yang lain ke Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas melawat Pameran Tiga Dekad Pentadbiran Kerajaan Kelantan Membangun Bersama Islam di Muzium Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Pada Mac tahun lepas, Mohamed Azmin ketika memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi semasa pentadbiran Pakatan Harapan mengumumkan tambahan RM200 juta untuk pembangunan Kelantan menjadikan peruntukan keseluruhan kepada negeri itu menerusi Kajian Separuh Penggal RMK-11 sebanyak RM1.4 bilion.
Dalam pada itu, Mohd Amar turut berharap agar pembentangan Belanjawan 2021 memberi fokus kepada menangani pandemik COVID-19 serta usaha kerajaan persekutuan memulihkan ekonomi negara.
"Kedua-dua perkara ini adalah isu besar yang perlu diberi tumpuan selain isu lain," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel