ALOR SETAR, 2 Nov -- Kadar penembusan jalur lebar yang masih rendah atau kelajuan internet yang kurang memuaskan di kawasan luar bandar perlu diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohd Yusrizal Yusoff berkata masyarakat luar bandar termasuk peniaga kecil kini amat bergantung kepada perkhidmatan itu terutama bagi memasarkan produk mereka.
“Ada rungutan daripada penduduk kampung mengenai kesukaran untuk mendapatkan talian internet untuk mereka memasarkan produk buatan sendiri dengan lebih meluas dalam usaha menambah pendapatan.
“Contohnya di kawasan Padang Terap, ada kawasan yang liputan internet sangat perlahan. Kita tahu ada penduduk kampung yang buat dan jual kerepek dan tikar mengkuang, tetapi disebabkan masalah talian internet kurang memuaskan, ia membantut usaha mempromosikan produk mereka,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Menurutnya, berikutan perkhidmatan internet yang kurang memuaskan itu peniaga kecil di kawasan luar bandar tidak dapat menjana pendapatan yang lebih baik disebabkan pasaran yang terhad.
Katanya, dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, akses perkhidmatan jalur lebar yang baik adalah satu keperluan asas yang amat penting lebih-lebih lagi bagi sektor perniagaan dan pendidikan.
“Kebanyakan IPT (institut pengajian tinggi) mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas ataupun peperiksaan secara dalam talian. Ini menyukarkan pelajar yang berada di kawasan kurang liputan (internet).
“Pelajar-pelajar juga perlu mendapatkan bahan-bahan pembelajaran melalui internet. CAKE sedar pelajar yang berada di kawasan kurang liputan mengalami masalah untuk mendapatkan bahan-bahan ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan segera menangani keadaan ini dengan menambah baik infrastruktur jalur lebar di kawasan luar bandar dan inisiatif lain yang mungkin dapat membantu masyarakat menikmati kemudahan internet yang lebih baik.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.
KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.
KUALA LUMPUR, 4 Dis -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
MANCHESTER, 16 Okt -- Penggiat industri berkata Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas mencerminkan komitmen kerajaan untuk memba...
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 16 Okt -- Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) menyambut baik Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menyat...
Laporan eksklusif oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar
KUALA LUMPUR, 15 Okt -- Kerajaan disaran supaya memperhalusi pelaksanaan tempoh cuti bersalin 90 hari mulai 2021 agar ia...
KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...
© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara.
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel