BERITA

Belanjawan 2021: KKMM harap kesalinghubungan internet menjadi utiliti awam

Datuk Saifuddin Abdullah

KUALA LUMPUR, 2 Nov -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berharap Belanjawan 2021 yang bakal dibentang Jumaat ini, akan mengumumkan kesalinghubungan internet diterima sebagai utiliti awam ketiga penting selepas air dan elektrik.

Menteri berkenaan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, KKMM melihat adalah penting bagi Belanjawan 2021 mengiktiraf kesalinghubungan internet sebagai satu ultiliti awam di negara ini.

“Ia tidak melibatkan soal dana, kerana dana sudah ada, tetapi ia mengenai pemberitahuan bahawa kesalinghubungan internet diiktiraf sebagai utiliti awam yang sama penting seperti air dan elektrik.

“Ini kerana, apa yang KKMM pentingkan ialah ia akan mengurangkan masa menunggu untuk kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, saya berharap akan ia akan ada dalam ucapan (Belanjawan 2021),” katanya kepada media selepas melawat Pusat Media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Saifuddin berkata, kertas kerja mengenai cadangan itu telah dihantar dan ia telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MFPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dua minggu lepas.

Jumaat ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen. 

-- BERNAMA





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel