BERITA

Terengganu harap pakej survival jangka masa sederhana, panjang dalam Belanjawan 2021



KUALA TERENGGANU, 3 Nov-- Terengganu berharap Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini menerapkan satu pakej survival jangka masa sederhana dan panjang untuk rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Belanjawan 2021 sepatutnya adalah  kesinambungan kepada pakej rangsangan ekonomi dilaksanakan kerajaan sebagai usaha memulihkan ekonomi rakyat dan negara yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Saya berpandangan tiga teras yang menjadi tunjang dalam pakej-pakej rangsangan ekonomi seperti PRIHATIN dan PENJANA iaitu Memperkasakan Rakyat, Melonjakkan Perniagaan dan Memulihkan Ekonomi wajar diteruskan, malah lebih meluas serta merentasi pelbagai kementerian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata belanjawan pada kali ini juga perlu menjamin ketersediaan dan kebolehcapaian terhadap keperluan asas untuk golongan terjejas terutama mereka yang telah kehilangan sumber pendapatan.

“Program Subsidi Upah yang memasuki fasa kedua serta perancangan di bawah inisiatif Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) perlu sentiasa dipantau dan ditambah baik supaya objektif asal mengurangkan kadar pengangguran dapat dicapai,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata Belanjawan 2021 diharap memberi keutamaan kepada sektor kesihatan termasuk memberi insentif kepada petugas barisan hadapan, selain tidak melupakan sektor pendidikan dan pertanian yang menjadi teras kemapanan pembangunan negara pada masa hadapan.

Katanya, belanjawan kali ini juga harus memperkasakan semula ekonomi rakyat secara mikro bermula daripada mendapatkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan isi rumah, kuasa beli pengguna dan seterusnya mengukuhkan permintaan agregat.

Ahmad Samsuri berkata Belanjawan 2021 perlu melonjakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi tunjang ekonomi negara ketika ini, termasuk meneruskan pelbagai inisiatif digitalisasi perniagaan yang ditawarkan dalam PENJANA sebelum ini, seperti Kempen E-dagang.

“Ia relevan untuk diteruskan namun saya mengharapkan capaian kepada PKS di luar bandar turut diberi perhatian khusus oleh kerajaan. Selain itu, bentuk bantuan tunai, moratorium dan sebagainya boleh terus menjadi pilihan untuk dilaksanakan tetapi secara bersasar,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berharap kerajaan dapat mengelakkan pemberian peruntukan kepada perkara yang tidak perlu serta tidak memberi manfaat buat rakyat dan negara.

Tambahnya, pelbagai bantuan yang diberikan perlu diselaraskan secara berpusat dan mempunyai koordinasi yang baik supaya maklumat berkaitan bantuan tidak hanya kepada kumpulan tertentu dan semua pihak dapat membuat permohonan bagi bantuan tersebut dengan mudah.

-- BERNAMA

 

 

 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel