BERITA

Belanjawan 2021 ibarat nyawa kedua kepada PKS, DPPMT beri 11 cadangan



Oleh Kamaliza Kamaruddin

KUALA TERENGGANU, 3 Nov -- Kerajaan disaran meningkatkan perbelanjaan infrastruktur dalam Belanjawan 2021 bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi dengan tumpuan lebih berintegriti dalam agihan projek.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) Dr Tengku Khairi Tengku A Rahman berkata cadangan tersebut merupakan antara 11 perkara yang boleh dilaksanakan kerajaan untuk merangsang semula pertumbuhan ekonomi negara serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya belanjawan kali ini ibarat nyawa kedua kepada PKS bagi meningkatkan keupayaannya untuk bertahan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan. 

“Kami turut mencadangkan agar Bantuan Geran Pemulihan Khas 2.0 bernilai RM4,000 diteruskan sebagai lanjutan pelaksanaan GKP baru-baru ini. 

“Cadangan ketiga ialah memberi tambahan dana kepada Amanah Ikhtiar Malaysia dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN) untuk membantu usahawan mikro khususnya.

“Selain itu, memberikan insentif khas kepada PKS yang mampu menggajikan dan mengambil pekerja dalam kalangan penduduk tempatan atau pekerja yang telah kehilangan pekerjaan seperti inisiatif cukai korporat atau cukai pintu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata cadangan seterusnya ialah menggalakkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta jabatan dan agensi kerajaan membeli produk IKS selaras dengan Kempen Beli Barangan Malaysia.

“Inisiatif geran khas perlu diberikan kepada PKS yang mengeluarkan produk gantian produk import,” katanya.

Tengku Khairi berkata DPPMT turut menyarankan agar  tempoh moratorium khusus kepada PKS dilanjutkan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi yang dapat memulihkan aliran tunai PKS.

“Cadangan ketujuh ialah memberi pengecualian bayaran sewa atau diskaun sehingga 70 peratus untuk premis agensi kerajaan kepada semua PKS yang menyewanya untuk tempoh enam bulan akan datang.

“Seterusnya ialah mengecualikan cukai pendapatan PKS dan individu bagi tahun penilaian 2020 dan 2021 yang dilihat akan memberi sokongan kepada PKS untuk menangani impak pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau juga berkata Bank Negara Malaysia (BNM) perlu lebih agresif dan proaktif dalam membantu PKS membuat penjadualan semula atau menstruktur semula pinjaman.

“Selain itu, kerajaan perlu meneruskan program subsidi upah dan dipermudahkan proses serta dipercepatkan pembayarannya.

“Cadangan terakhir ialah memberikan bantuan e-dompet RM100 kepada rakyat untuk menggalakkan pembelian dalam talian sekali gus membantu perniagaan usahawan yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata gelombang ketiga COVID-19 telah menjejaskan PKS yang baru sahaja membina semula perniagaan selain meruntuhkan kembali asas pemulihan PKS yang telah diatur. 

“PKS adalah pahlawan ekonomi negara dan kelesuan pahlawan ini akan memudaratkan ketahanan ekonomi makro negara. 

“Oleh itu, peranan kerajaan amat diperlukan untuk menggerakkan kembali asas ekonomi semasa yang lemah dan boleh mempengaruhi suasana perniagaan sekali gus menjejaskan keupayaan PKS. 

“Justeru, DPPMT berharap kesemua 11 cadangan ini akan dipertimbangkan dalam Belanjawan 2021,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

 

 

 

 

 


 





BERITA-BERITA LAIN

Kerajaan perlu tambah pendapatan selain melalui cukai Bajet 2022 - Pakar

KUALA LUMPUR, 11 Nov --  Inisiatif cukai Belanjawan 2022 mungkin tidak akan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan kerajaan dan terdapat keperluan untuk mencari kaedah lain bagi meningkatkan hasil ekonomi negara, kata seorang pakar cukai.


Belanjawan 2021 adalah berdasarkan badan-badan yang ditentukan keabsahannya - MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis -- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.


EY: Isu ESG jadi perhatian utama agenda ketahanan, pemulihan, kemampanan ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Dis  -- Isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang timbul akibat perubahan iklim menjadi perhatian utama dalam agenda ketahanan, pemulihan dan kemampanan ekonomi Malaysia, yang turut menjadi tumpuan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan baru-baru ini, demikian menurut  Ernst & Young (EY) Advisory Services Sdn Bhd.


INTIPATI


EKSKLUSIF


LAPORAN EKONOMI

Malaysia perlu promosi pelaburan berkualiti untuk capai pembangunan mampan

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- Malaysia perlu mempromosikan pelaburan berkualiti terutamanya bagi pelaburan berteknologi tinggi serta berintensifkan kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pembanguna...


Pasaran tunjuk reaksi neutral selepas Belanjawan 2021 peringkat dasar diluluskan

KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) bernilai RM322.5 bilion peringkat dasar yang diluluskan oleh Parlimen pada Khamis, telah menerima re...


Belanjawan 2021, RCEP beri prospek baik kepada daya saing Malaysia tarik lebih banyak FDI

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Belanjawan 2021 Malaysia, belanjawan pengembangan yang menyasarkan untuk memulihkan ekonomi, dan dengan penyertaannya dalam ...



SIARAN LANGSUNG BNC


UCAPAN BELANJAWAN



© 2025 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.

Paparan terbaik menggunakan Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) dalam resolusi 1920 x 1080 piksel